Home Farming & Agriculture Kebun Mahasiswa platform “cinta” Fathul

Kebun Mahasiswa platform “cinta” Fathul

1195
0

Oleh Suzilawani Bt Mustapha

Serdang, Minat yang mendalam dalam bidang pertanian menyebabkan Fathul atau nama penuh beliau Fathul Aiman Bin Mahmad Jelani memiliki plot pertanian sendiri di Ladang, 10 Universiti Putra Malaysia

Merupakan seorang pelajar jurusan Sains Pertanian, Tahun Dua Universiti Putra Malaysia (UPM) menyebabkan beliau ingin mengaplikasikan semua ilmu pertanian yang dipelajari dalam waktu kelas di ladang universiti.

Menjadi ketua atau ‘’pengurus ladang” kedua  kepada 60 orang ahli ladang  yang semuanya juga merupakan pelajar UPM bukan satu tanggungjawab yang mudah tetapi beliau mencabar dirinya untuk berkongsi  semua ilmu pertanian yang beliau kuasai dengan rakan-rakan ladang beliau.

Kebun Mahasiswa UPM merupakan satu projek pertanian untuk mahasiswa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Pertanian dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI). Ianya terbuka semua pelajar UPM dan tidak khusus kepada pelajar fakulti Pertanian sahaja.

Beliau berkata, walaupun Kebun Mahasiswa UPM hanya sekadar platformnya untuk menggunakan ilmu yang dipelajari sepanjang tempoh 4 semester namun beliau melihat satu peluang perniagaan yang besar apabila semua hasil tanaman dari kebun tersebut habis terjual  kepada peniaga-peniaga makanan di kafe kolej, orang luar dan pelajar UPM sendiri.

“Setakat hari ini semua hasil tanaman habis terjual”, katanya. Beliau dan rakan-rakan bukan sahaja menjual hasil tanaman berdaun seperti cili,terung,sawi dan bayam tetapi juga hasil tanaman buah seperti tembikai. Tambah beliau lagi, hasil tanaman cili padi paling menguntungkan dan mempunyai pasaran tinggi.

Fathul Aiman berharap usaha beliau akan menjadi satu pembakar semangat untuk beliau memiliki sebuah perniagaan tani yang gah serta membawa nama UPM tersohor di mata dunia sebagai sebuah universiti pertanian yang melahirkan yang berkemahiran dan berkebolehpasaran  tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.