Home Farming & Agriculture Jualan Online Harum Manis

Jualan Online Harum Manis

779
1

Oleh Suhaila Ali /182663 / shailalee7@gmail.com

Buah Harum Manis yang ranum, berjus dan enak pastinya menjadi kesukaan ramai setelah merasainya. Apabila bercakap mengenai buah harum manis pastinya akan dikaitkan dengan negeri Perlis. Negeri di hujung utara Malaysia ini merupakan satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan harum manis.

Meskipun harum manis hanya boleh didapati di negeri Perlis namun, oleh kerana keenakan dan keunikannya, buah ini amat digemari dan mendapat permintaan yang tinggi oleh penduduk di seluruh Malaysia.

Oleh itu, dengan memiliki ladang harum manis di Perlis telah menjadikan encik Hisyam, 30, mendapat idea untuk menjalankan perniagaan marketing online untuk produk harum manis beliau.

“Kami sendiri bungkus dan hantar kepada pembeli tanpa perlu ke negeri Perlis” kata encik Hisyam, pengusaha Kilauan Impian Marketing.

Syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2013 ini, amat terkenal dengan penghantaran buah harum manis ke seluruh Malaysia. Bagi pelangan yang menginginkan buah harum manis, mereka hanya perlu membuat pembelian secara online menerusi aplikasi Facebook iaitu Mangga Harum Manis Perlis.

Permintaan harum manis yang kian meningkat menjadikan encik Hisyam semakin fokus bagi menghasilkan harum manis dengan lebih banyak dan baik.

Encik Hisyam berkata, tempoh berbuah harum manis adalah 1 bulan setengah untuk setiap tahun dan purata buah harum manis di ladangnya adalah 1000 kilogram (kg) sehari.

Namun, beliau juga mempunyai masalah apabila menjelang fenomena Elnino yang menyebabkan pokok tidak berbuah. Hal ini sedikit sebanyak menganggu perniagaan online beliau kerana buah yang diperoleh sedikit dan permintaan oleh pelanggan yang tinggi.

Perniagaan online ini bukanlah suatu yang baharu namun, perniagaan harum manis online ini adalah lebih kepada ingin menjadikan harum manis lebih komersial dan lebih dikenali di seluruh Malaysia.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.