Home Inspirasi Niaga Daripada hobi kini bergelar usahawan

Daripada hobi kini bergelar usahawan

528
0

Oleh: Mohamad Hazrul Faiz bin Ahmad Sobri (174191)

BERASAL jauh dari bandar bukanlah penghalang gadis ini, Fatihah Novianty binti Abd Hadi, 25, anak sulung daripada 4 beradik ini untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan. Anak kelahiran Ajil, Terengganu ini mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan atas talian secara sambilan sejak pertengahan tahun 2014. Ketika itu niat untuk menceburi bidang perniagaan hanyalah untuk mendapat pendapatan sampingan serta membantu keluarga.

Menceritakan detik permulaan pembabitan beliau dalam bidang perniagaan, adalah bermula dengan hobi yang sangat mendalam membeli belah. Pada masa itu beliau hanya mengharapkan ibu bapa untuk menanggung perbelanjaan beliau. Malah segalanya berubah apabila terdetik di hati beliau perasaan bersalah kerana sentiasa menghabiskan wang ibu bapanya dan beliau mula mendapat idea untuk memulakan perniagaan. Beliau mula menceburi perniagaan atas talian berasakan penjualan kosmetik dan bag tangan.

Menurut beliau, tujuan saya memulakan perniagaan adalah untuk meringankan beban keluarga disamping untuk membantu adik-beradik dari segi kewangan kerana saya bukannya datang daripada keluarga yang senang. Selain itu juga, tujuan beliau memulakan bisnes adalah untuk menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master memandangkan yuran peringkat master yang tinggi. Hanya bermula daripada seorang agen biasa dan tidak mengeluarkan modal sendiri. Beliau memulakan perniagaan hanya daripada duit keuntungan daripada menjadi seorang agen. Dengan dorongan ahli keluarga beliau semakin bersemangat dan terus berusaha menguruskan perniagaan beliau daripada awalnya hanya menjadi agen dan kini beliau telah menjadi salah seorang pengedar barangan kosmetik dan bag tangan yang berjaya.

Beliau berkata, promosi dan pemasaran dilakukan secara atas talian sepenuhnya.  Selain menggunakan perkhidmatan pos laju, beliau juga menawarkan pengahantaran dari suatu tempat ke tempat yang berdekatan.

Perniagaan secara atas talian ini sangat menguntungkan kerana tidak perlu menyewa kedai dan mengupah pekerja. Segala urusan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Malah, oleh kerana permintaan produk yang semakin tinggi beliau membuka peluang kepada orang luar untuk menjadi agen pengedar yang sah. Kini beliau sudah memiliki beberapa agen di seluruh Malaysia.

“Walaupun masih muda dalam peniagaan, saya berpuas hati dengan apa yang saya usahakan sekarang dan saya merancang untuk menghasilkan produk sendiri suatu hari nanti. Perkara yang membanggakan saya adalah saya dapat mengembangkan bisnes saya ke Arab Saudi dan saya mempunyai stokis di sana.

“Melalui perniagaan ini, banyak membantu saya menjadi seorang yang berdikari dan dapat mencungkil potensi sebenar diri saya, terutamanya dari segi sikap dan emosi. Selain itu, bidang ini juga membuatkan saya lebih berfikiran positif, berani dan sabar dalam menguruskan perniagaan dan kehidupan harian,” kata beliau ketika ditemu ramah, baru-baru ini.

Pesanan beliau kepada generasi muda, mungkin anda mempunyai Ijazah, Master, atau PHD, tetapi anda mempunyai minat dalam perniagaan, teruskan minat tersebut dan anda akan jadikan ia satu tiket untuk anda berjaya”. Nasihatnya lagi, tidak ada pernah sedetik yang terlambat untuk anda memulakan perniagaan, bermulalah dari sekarang mungkin pada awalnya sangat sukar tetapi percayalah ia adalah landasan untuk anda berjaya. Tambahan pula, untuk berjaya dalam bidang perniagaan seseorang itu mestilah berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa. Persaingan yang sengit membantu seseorang itu untuk lebih berusaha keras memajukan sesuatu perniagaan yang dijalankan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.