Home Inspirasi Niaga Alden’s Slurpy Menjana Transformasi Mahasiswa Dalam Menerajui Keusahawanan

Alden’s Slurpy Menjana Transformasi Mahasiswa Dalam Menerajui Keusahawanan

384
0

Oleh: Ain Farhana

Anda seorang mahasiswa dan memerlukan kerja sampingan untuk menambah sumber pendapatan? Kini tidak perlu risau lagi. Memperkenalkan Alden’s Slurpy, sebuah badan Industri Kecil & Sederhana (IKS) menjalankan perniagaan dan memberi peluang kepada golongan muda dalam menjana pendapatan seharian.

Pn. Nur Amalina Bt Ahmad Kamal, berusia 46 tahun, merupakan pengasas Alden’s Slurpy. Organisasi ini bergiat aktif di Negeri Sembilan dengan dibantu beberapa orang pegawai yang arif dan mahir dalam bidang perniagaan. Beliau telah menjalankan perniagaan ini bersama-sama dengan suami tercinta.

“Perniagaan ini pada mulanya hanya dijalankan di rumah dan dibantu oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja,” ujar beliau. Segala promosi dan perkhidmatan yang dijalankan turut dibantu oleh kawan-kawan dan sanak saudara. Selain itu, beliau juga membuat perkhidmatan dan khidmat nasihat melalui laman sosial Facebook dan Instagram.

Namun Alden’s Slurpy membuka langkah baharu dalam mengembangkan perniagaannya dengan cara memberi peluang pekerjaan kepada mahasiswa dengan menjadi agen Alden’s Slurpy di universiti mereka.

Kini,  Alden’s Slurpy boleh didapati dimana-mana universiti awam seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Alden’s Slurpy menghasilkan dadih yang berwarna-warni dan dipaketkan dalam sebiji botol sehingga ia kelihatan seperti sebotol minuman yang berwarna seperti pelangi. “Oleh kerana dadih ini mempunyai tarikan dari segi fizikalnya yang berwarna-warni, produk ini berjaya menarik golongan kanak-kanak dan remaja sehingga ia mendapat sambutan yang memberangsangkan,” kata beliau sambil tersenyum.

Selain itu, Alden’s Slurpy sering dijadikan sebagai  “door gift” ketika majlis keraian seperti majlis akikah, majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, jamuan makan dan juga dibuat sebagai pencuci mulut untuk para tetamu yang bertandang ke rumah dan juga majlis-majlis tertentu.

Sekiranya ingin membuat tempahan Alden’s Slurpy, boleh Whatsapp di 01113064459 atau boleh terus ke Facebook Alden’s Slurpy atau Instagram Alden’s Slurpy Official untuk melihat semua aktiviti-aktiviti terkini.

Oleh itu, melalui pengalaman keusahawanan dalam menerajui penjualan Alden’s Slurpy, mahasiswa dapat mengasah bakat mereka sehingga menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Sekiranya mahasiswa konsisten di dalam perniagaan mereka, tidak mustahil mereka boleh mentransformasikan diri mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.