Home Education & Training Seminar Keperluan & Pengurusan Kewangan Dapat Sambutan

Seminar Keperluan & Pengurusan Kewangan Dapat Sambutan

181
0

Bandar Baru Klang 2 Nov 2014, telah berlangsung satu seminar bertajuk SEMINAR KEPERLUAN & PENGURUSAN KEWANGAN (Takaful) dengan bilangan penyertaan seramai 92 orang peserta.

Program yang dikendalikan oleh Sdr Baharim Sukari (SC Creative Sdn Bhd) ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan sehinggakan banyak permohonan sebelum seminar ini dijalankan terpaksa ditolak akibat melebihi had maksima yang ditetapkan. Dimaklumkan pihak penganjur akan mengadakan seminar ini sekali lagi untuk memenuhi permintaan orang ramai. Pihak penganjur juga memaklumkan program seumpama ini akan diadakan di seluruh negara kerana telah ada permintaan dari beberapa negeri.

Seminar yang dijalankan kali ini adalah khusus kepada usahawan-usahawan insurans dan takaful bertujuan motivasi ke arah menjadi penasihat insuran dan takaful yang lebih profesional. Peserta diajar tentang bagaimana untuk menentukan nilai sebenar keperluan perlindungan insuran terhadap pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu peserta didedahkan dengan kemahiran dalam pengurusan kewangan dari sudut Islam.

Penganjur Program: Watakmas (Persatuan Wakil-wakil Etiqa Takaful)

Penceramah: Sdr Baharim Sukari (SC Creative Sdn Bhd)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.