Home Education & Training Berniaga!!! Perlu Kreatif

Berniaga!!! Perlu Kreatif

147
0

“KETIKA mengendalikan perniagaan, setiap usahawan diharapkan memiliki karakter unggul, antara lain memiliki tujuan dan rancangan perniagaan yang jelas, tidak mudah putus asa dan berani mengambil risiko.”

Menjadi usahawan merupakan pilihan. Selain kerana bakat, ia boleh didedahkan melalui pendidikan. Namun keadaan ini tentu akan lebih sempurna bila seseorang ini memiliki keduanya, iaitu bakat sekali gus melengkapinya dengan teori dan pendedahan keusahawanan. Sebab pada prinsipnya sesiapa sahaja boleh menjadi pengusaha, samada mahasiswa, graduan, doktor atau siapapun waima tukang potong rumput sekalipun.

Kerana segalanya boleh dipelajari dan lebih mudah didekati sekiranya dalam keluarga sudah ada penglibatannya, seperti hasil tangan ibu dalam bidang masakan dan kemahiran menyediakan produk yang dimiliki dalam contohnya pembuatan sos, makanan sejuk beku, pakaian atau menulis untuk dikembangkan oleh anak-anak mereka dengan konsep yang lebih menarik dan berbeza.

Menjadi usahawan bermakna dituntut untuk berfikiran positif, kreatif dan inovatif. Oleh kerana itu, tidak hairanlah apabila hari ini banyak agensi kerajaan seperti PUNB, MARA, FAMA, Lembaga Koko Malaysia, TEKUN, KEMAS dan pelbagai pihak swasta serta NGO sering mengadakan latihan atau program keusahawanan. Dengan pendedahan program sedemikian secara tidak langsung memberikan keberanian kepada pekerja yang makan ‘gaji’ atau kalangan graduan mengambil keputusan berniaga sendiri. Bukan bermakna habis program terus membuka perniagaan tetapi ia menjadi pengukur dalam membuat keputusan terhadap bidang perniagaan mereka mungkin selepas bersara kelak atau sebagai penambah pendapatan sampingan.

Pilihan menjadi usahawan dapat dilakukan dengan menjadi pekerja yang bekerja di syarikat orang lain. Seorang eksekutif juga dapat menjadi usahawan, pekerja dengan idea yang inovatif semestinya bijak melihat peluang, atau menjadi usahawan dengan usaha yang dikembangkan sendiri dan berani mengambil risiko. Berbeza pula dengan kalangan akademik, menjadi seorang usahawan bermakna menjadi orang yang berorientasikan pada tindakan-tindakan walaupun atas perkara biasa. Mereka selalu mencari peluang baru dan mengejar peluang tersebut dengan disiplin diri yang tinggi.

Ketika mengendalikan perniagaan, setiap usahawan diharapkan memiliki karaktor unggul, antara lain, memiliki tujuan dan rancangan perniagaan yang jelas, tidak mudah putus asa dan berani mengambil risiko. Sementara itu, untuk memperolehi karakter unggul, usahawan muda diharapkan secara berkesinambungan mengembangkan usaha dengan cara melakukan ‘update’ perkembangan perniagaan global, memanfaatkan perkembangan teknologi dan membuka akses ke pasaran global.

Ternyata kreatif dan inovasi menjadi keutamaan sebagai bekalan. Bakal usahawan juga diminta memiliki etika keusahawanan sehingga mampu mengelola sumber daya manusia sebaik mungkin. Dengan begitu, mereka tidak hanya berorientasikan kepada keperluan modal berniaga semata-mata sebab ramai yang gagal mengemudi perniagaan kerana hilang ‘taring’ untuk menjadi kreatif.

 

Disediakan oleh;

Kamri Kamaruddin

Perunding Perniagaan

SC Creative Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.