Home Education & Training 5 Langkah Mudah Dalam Membangunkan Strategi Pemasaran

5 Langkah Mudah Dalam Membangunkan Strategi Pemasaran

1008
0

 

5 Langkah Mudah Dalam Membangunkan Strategi Pemasaran

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Perancangan strategi pemasaran akan menghasilkan banyak manfaat kepada perniagaan. Ramai pemilik perniagaan sering bergantung semata-mata kepada gerak hati mereka untuk membuat keputusan perniagaan, ilmu yang tidak formal tidak akan membantu mereka untuk mendapatkan semua fakta yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan perniagaan. Strategi perniagaan akan membantu anda dalam menentukan matlamat perniagaan dan membangunkan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut.

Berikut adalah 5 langkah mudah tersebut;

  1. Huraikan cadangan jualan / perkhidmatan unik syarikat anda
  2. Tentukan sasaran pasaran anda.
  3. Tuliskan faedah-faedah produk atau perkhidmatan anda.
  4. Huraikan bagaimana anda akan memposisikan produk atau perkhidmatan anda.
  5. Tentukan kaedah pemasaran yang akan digunakan. Anda boleh mengiklan menggunakan kaedah pemasaran internet, pemasaran secara langsung, atau perhubungan awam?

Tip-tip:

  1. Pastikan cadangan jualan / perkhidmatan anda mempunyai kelainan berbanding keluaran syarikat lain, jangan bangunkan pemasran anda tanpa sebarang pelan/perancangan.
  2. Penting bagi anda menyediakan budget dalam membangunkan pelan pemasaran anda, pemasaran adalah satu pelaburan.
  3. Mengawal dan mengawasi aktiviti-aktiviti perniagaan yang dirancang supaya tidak lari dari pelan perniagaan yang telah dibangunkan.
  4. Mengkaji semula pelan pemasaran anda sekurang-kurangny sekali dalam setiap suku tahun. Adakah anda mengikut pelan pemasaran yang telah dibangunkan? Bagaimana pencapaianya? Adakah anda perlu menukar, menambah atau sekadar memperbaiki pelan perniagaan anda tersebut.

 

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.