Home Inspirasi Niaga Dari Motosikal Roda 3, Kini Usahawan Cendol Abang Kacak Pilihan Warga Ipoh

Dari Motosikal Roda 3, Kini Usahawan Cendol Abang Kacak Pilihan Warga Ipoh

686
0

Oleh: NURFAIZAH BINTI ADNAN

IPOH : Memang sukar untuk menceburi perniagaan dalam usia muda tapi perkara ini tidak menjadi sebagai satu halangan buat untuk bergiat kata Kevinraj, 22 tahun. Kevin tetap cekal dalam mencari rezeki dengan perniagaannya yang bernama “Wawasan Cendol Abang Kacak” di Jalan Kalsom, Ipoh Perak. Konsep “Abang Kacak” mula diperkenalkan apabilanya gambarnya mula tular di aplikasi Twitter apabila sedang berniaga cendol dengan gaya penampilan yang menarik. Bagi Kevin, usia mudanya dimanfaatkan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

M. Kelvinraj di hadapan kedainya

Kevin telah mengambil alih perniagaan Wawasan Cendol milik bapanya setelah menamatkan persekolahan peringkat SPM di SMK St. Michael, Ipoh. Menurut anak kedua daripada empat orang adik beradik itu, beliau tidak pernah berasa malu dalam menceburi perniagaan pada usia muda. Baginya, tahap pendidikan bukan menghalang atau pengukur dalam menceburi bidang perniagaan. Kesungguhan dan tekad dalam kehidupan mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai. “Saya berharap dengan meneruskan perniagaan ini mampu membantu ibu dan bapa saya sedikit sebanyak dalam meneruskan kehidupan dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi”

Memulakan perniagaan dengan hanya menggunakan motosikal roda tiga sejak 2016, kini beliau berjaya memiliki sebuah tapak perniagaan yang kekal di Jalan Yang Kalsom, Ipoh pada tahun 2018.  “Dulu agak sukar berniaga dengan membawa motosikal, saya berhati-hati menunggangnya agar bekas cendol tidak mudah tertumpah dan sering berhadapan cuaca panas terik dan hujan tetapi saya tidak mudah mengalah untuk berniaga.” Semangat sebegini menjadi pemangkin motivasi kepada hidup Kelvinraj.

Kelvinraj berjaya mencapai cita-citanya dengan memiliki kedai sendiri. “Walaupun agak lama sehingga dapat kedai, tapi saya akhirnya berjaya juga”. Beliau merasakan ini antara komitmen keluarga yang harus digalas olehnya sebagai anak kedua dalam keluarga. “Agak sukar pada permulaan pernigaan, tetapi saya nekad ingin bantu keluarga”. Itulah kata-kata semangat yang terdetik dalam diri Kelvinraj. Baginya, menjadi usahawan lebih menguntungkan daripada bekerja makan gaji. Namun, pelbagai cabaran harus ditempuhi. Kelvinraj tidak merasakan niatnya membantu perniagaan keluarga sebagai satu beban, malah beliau merasakan seronok menjadi usahawan pada usia yang muda.

Tapak perniagaan ini juga adalah strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan pekan Ipoh dan bersebelahan gerai makanan “Nasi Ganja”, Ipoh. Cendol Abang Kacak juga turut beroperasi di sekitar kawasan Plan B, Jalan Bandar Timah pada hujung minggu. Menurutnya kedua-dua lokasi tempat ini merupakan lokasi tempat tumpuan pelancong. “Saya mula berniaga pada pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari”.

Pemuda ini mampu menjual kira-kira 200 mangkuk cendol pada hari biasa dan 350 mangkuk cendol pada hari minggu. Menurutnya, pelanggan mula ramai mendapatkan cendol ini sejak gambarnya tular di laman Twitter. Ramai pelanggan memberi respon bahawa keistimewaan cendolnya itu adalah disebabkan beliau menggunakan santan asli dan gula Melaka atau gula merah. “Saya turut berbangga dapat berkongsi rasa air tangan ibu saya dari resepi cendol ini kepada pelanggan di serata Malaysia.” Ujar Kelvin.

Pelbagai jenis cendol yang disediakan seperti cendol kacang jagung, cendol kacang pulut, cendol kacang lekong dan juga cendol kacang durian. Pelanggan boleh membeli dengan harga yang berpatutan antara RM 3.00 sehingga RM 4.50. Beliau juga turut menarik perhatian pelanggan dengan jualan durian. “Di kedai Abang Cendol Kacak sentiasa mempunyai stok durian setiap hari walaupun bukan pada musim durian”. Menurutnya, durian juga antara elemen penarik kepada para pelanggan. Pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk majlis-majlis ringan dan pelbagai acara keramaian.

“Saya juga telah menarik pelanggan untuk datang ke kedai saya dengan mengajak pelanggan yang ingin ke kedai Nasi Ganja untuk masuk ke kedai saya kerana saya boleh menolong mereka untuk mendapatkan pesanan “Nasi Ganja”. Ini kerana kedai “Nasi Ganja” juga menjadi tumpuan pelancong sehingga kadangkala tidak cukup kerusi untuk duduk. Strategi yang digunakan mampu meningkatkan pendapatan jualannya. Menurut Kevinraj, beliau membenarkan pelanggannya membawa makanan luar untuk masuk dan makan di dalam kedainya.

Dahulunya, perniagaan cendol tidaklah begitu menguntungkan. Berbekalkan tekad dan azam yang tinggi, produknya kini semakin mendapat permintaan yang tinggi. Namun begitu, wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia turut memberi impak yang besar dan membuatkan perniagaannya turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan di seluruh negara. “Semasa berhadapan dengan PKP, perniagaan saya juga terkesan akibat dari kekurangan pelanggan.” kata Kelvinraj. Walaubagaimanapun, beliau tetap bersyukur dengan hasil jualan harian dan baginya apa yang berlaku dianggap sebagai asam garam dalam perniagaan. “Bukan jadi satu masalah yang sukar, kerana setiap perniagaan ada turun dan naik.” kata Kelvin.

“Jadi, selepas ini, saya bertekad pula ingin menjalankan franchise di Kuala Lumpur”. Hal ini kerana, beliau mendapati ramai pelanggannya datang dari Kuala Lumpur. Beliau merasakan ini salah satu pelan jangka panjang untuk perniagaannya. Beliau juga berhasrat untuk menambah bilangan pekerja untuk memenuhi permintaan tempahan yang semakin tinggi.

“Saya mengaharapkan cerita saya mampu dijadikan sebagai inspirasi kepada mana-mana usahawan yang ingin mulakan perniagaan.” Baginya tiada apa yang sukar dilakukan dalam kehidupan asalkan berusaha. Beliau mengharapkan ramai lagi masyarakat yang tidak malu untuk berniaga kerana berniaga mampu mendapatkan keuntungan yang besar. “Kunci kejayaan saya adalah hasil dan berkat kedua ibu bapa dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.” Tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.