Home Inspirasi Niaga Kerja sambilan jadi punca rezeki utama

Kerja sambilan jadi punca rezeki utama

3430
1

Oleh Mimi Syuhada binti Mislan

Pada pertengahan tahun 2015 Makde’s Bakery mula dikenali dengan pizza yang berharga rm10. Mengambil tempahan pizza yang dibuat secara sambilan selepas waktu kerja dan pada hujung minggu, kini menjadi sumber rezeki utama buat seorang suri rumah muda sepenuh masa ini setelah beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya.

Pada awalnya beliau hanya membuat tempahan pizza dirumahnya sahaja berbekalkan sebuah ketuhar kecil yang hanya mampu membakar 2 keping pizza pada 1 masa, kini beliau mampu tersenyum lebar setelah menyewa sebuah kedai dan mempunyai sebuah ketuhar besar yang mampu membakar 6 keping pizza dalam satu masa bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Di kedai tersebut, beliau telah mempelbagaikan jenis jualan beliau antaranya pelbagai jenis kek, roti dan juga bun.

Walaupun sudah memiliki sebuah kedai roti sendiri, beliau masih lagi mengikuti pelbagai jenis kelas dan kursus membuat roti untuk belajar kerana menurut beliau, masih terlalu banyak ilmu yang masih beliau perlu ketahui untuk meningkatkan kualiti dan mutu produk yang dipasarkan.

Ibu bapa dan suami menjadi  tulang belakang

Mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya menjadikan Farazeha bersemangat jitu untuk memulakan perniagaan pada usia muda. Beliau menyatakan hasratnya untuk memulakan perniagaannya dengan menjual pizza pada hari cuti dan terus mendapat dorongan daripada ibu bapanya. Setelah berkahwin, suaminya juga menyokong dan banyak membantu beliau dengan perniagaannya. Sering mendapat kata-kata semangat daripada suami tercinta membuatkan Farazeha tidak pernah berputus asa untuk lebih memajukan perniagaannya yang telah menjadi impiannya sejak kecil lagi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.