Apakah Saluran Agihan?
SALURAN AGIHAN – Proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai.
Ingin di kongsikan di sini, terdapat 6 Saluran Agihan yang biasa dipraktik di Malaysia;
1 – PENGELUAR – PEMBORONG – PERUNCIT – PENGGUNA
- Barang yang sesuai – barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
- Pengeluar (pengilang) menjual secara pukal kepada pemborong yang kemudian memecahkan pukal kepada kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.
- Peruncit menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna.
2 – PENGELUAR – EJEN – PERUNCIT – PENGGUNA
- Hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah.
- Pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk mengedarkan barang-barang keluarannya kepada peruncit dan pengguna. Ejen juga menjalankan fungsi seperti pemborong.
3 – PENGELUAR – PEMBORONG – PENGGUNA
- Bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
- Dalam saluran ini, pemborong membeli dalam kuantiti yang besar daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti kecil kepada pengguna.
4 – PENGELUAR – PERUNCIT – PENGGUNA
- Barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama.
- Pengeluar (pengilang) menjual terus kepada peruncit tanpa melalui pemborong.
5 – PENGELUAR – EJEN – PENGGUNA
- Barang pengguna seperti barang kosmetik, pakaian dll.
- Pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk menjual barang atau perkhidmatan terus kepada pengguna.
6 – PENGELUAR – PENGGUNA
- Barang yang tidak tahan lama – hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu, barang bernilai tinggi – kapal terbang & perkhidmatan profesional – doktor
- Pengeluar memasarkan barang-barang keluarannya terus kepada pengguna tanpa melalui pemborong dan peruncit.
Disediakan oleh: Baharim Sukari
Site info yang menarik !
Kalau sesapa yang pandai bole explore peluang2 yang terbuka di antara pengilang dan pengguna. Bnyk cara dapatkan duit tambahan misalnya sebagai ejen atau pemborong. Have to think outside of the box !