Selepas satu demi satu kejayaan yang dikecapi oleh Serdang Cendol, Muhammad Faris Jaafar memberanikan diri untuk menceburi bidang katering bagi majlis-majlis perkahwinan, perasmian, dan sebagainya. Perancangan yang teratur dan matlamat perniagaan yang jelas banyak mendorong kepada kejayaan yang dikecapi oleh Serdang Cendol hari ini. Dengan keadaan ekonomi hari ini, beliau tidak hanya mengharapkan keuntungan semata-mata tetapi juga mengharapkan agar beliau dapat membantu pelajar lain dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Serdang Cendol hari inisemakin hari semakin mendapat perhatian ramai disebabkan keunikannya yang tidak ada pada pengusaha cendol yang lain. Permintaan yang tinggi saban hari didorong oleh faktor penggunaan bahan-bahan dalam menyediakan cendol tersebut. Penggunaan santan sawit dalam menyediakan cendol menjadikan Serdang Cendol lain daripada yang lain. Antara keistimewaan dan keunikan santan sawit adalah daripada segi kandungan di kebaikan di dalam santan sawit tersebut di mana ianya bagus untuk kesihatan. Pengggunaan santan sawit juga adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding santan-santan lain kerana santan sawit mengambil masa yang lebih lama untuk basi. Santan sawit juga menjadi pilihan anak muda kelahiran Selangor ini kerana kandungan santan tersebut yang kaya dengan vitamin A dan E serta rendah kolestrol, yang sememangnya bagus untuk kesihatan.
Pengasas Serdang Cendol, Muhammad Faris Jaafar terus komited dengan perniagaan yang diceburinya.
Mengimbau kembali jerit perih dalam memualakan perniagaan ini, Faris turut tidak terkecuali daripada cabaran di dalam dunia perniagaan. Serdang Cendol sendiri pernah mengalami kerugian disebabkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, di mana Faris terpaksa bertungkus lumus dan memulakan perniagaan tersebut semula dari awal untuk membangunkan kembali Serdang Cendol. Berkat dorongan keluarga dan rakan-rakan serta perancangan yang teratur, Serdang Cendol hari ini mampu berdiri di mana ia berdiri hari ini. Sikap ingin belajar turut membantu kejayaan Faris dalam membangunkan Serdang Cendol. Dengan keuntungan yang diperolehi hari ini, siapa sangka anak muda ini pernah berhadapan dengan kemelut dalam menaikkan Serdang Cendol.
Dengan purata pendapatan yang diperolehi oleh Serdang Cendol hari ini, Faris terus mengatur satu demi satu strategi dan perancangan dalam usaha memperkenalkan Serdang Cendol kepada umum.Menurut Faris, pakej katering yang ditawarkan oleh Serdang Cendol banyak menyumbang kepada keuntungan yang diperolehi memandangkan katering untuk cendol saban hari semakin mendapat permintaan yang tinggi dan menggalakkan. Beliau turut membuat kolaborasi dengan beberapa perancang perkahwinan dan katerer di sekitar Kuala Lumpur dan Setiawangsa bagi memasarkan Serdang Cendol melalui pakej katering yang disediakan. Beliau juga turut membuat kolaborasi dengan beberapa pelajar UPM untuk mengiklankan Serdang Cendol di medan carian internet Google.
Selain itu, Serdang Cendol turut membuat penglibatan dalam program amal, antaranya program amal sempena sambutan hari raya di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur. Sekolah tersebut terdiri daripada pelajar yang kurang bernasib baik di mana rata-ratanya adalah terdiri daripada anak-anak gelandangan. Inisiatif ini dilihat sebagai tidak hanya dapat membuat amal kebajikan, tetapi dalam masa yang sama dapat memperkenalkan Serdang Cendol kepada umum.
Dalam pada masa yang sama, Serdang Cendol turut terlibat dengan program Free Market UPM 3.0 yang berlangsung di Kolej Tun Dr Ismail pada 22 april lepas. Melalui acara ini, Serdang Cendol menyediakan seribu cawan cendol untuk diagihkan secara percuma kepada pengunjung yang menhadiri acara ini. Acara ini juga merupakan salah satu platform untuk memperkenalkan Serdang Cendol kepada lebih ramai khalayak memandangkan acara ini tidak hanya melibatkan warga UPM, malahan publik luar UPM juga.
Pakej Serdang Cendor bermula dari RM1 menjadi tarikkan pelanggan.
Oleh: Siti Hajar Afiqah Muhamad | sitihajarafiqahmhmd@gmail.com