Home Inspirasi Niaga “Budak kejuruteraan” kini usahawan kosmetik berjaya

“Budak kejuruteraan” kini usahawan kosmetik berjaya

223
0

Oleh Wan Azley Bin Wan Omar / UPM

MEMULAKAN perniagaan di usia muda tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya. Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan Luqman Juhari, 27, tekad untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan kosmetik sebaik saja dia menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Ramai yang pelik macamana ‘budak’ kejuruteraan boleh terjerumus dalam bidang perniagaan. Bukan sebagai pekerja tetapi sebagai pengusaha. Pada mulanya memang saya akui, ia sesuatu yang baharu, di luar kepakaran saya apatah lagi memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik, tetapi saya bernasib baik sebab rakan kongsi saya yang juga kakak, Dahlia Nadirah Juhari banyak membantu.Luqman dan Dahlia,mereka berdua memulakan perniagaan kosmetik yang diberi nama SO.LEK pada 2016, dengan hanya satu produk. Luqman memberitahu, mereka memulakan perniagaan itu dengan bantuan kewangan ibu bapa, selepas hampir setahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai kosmetik. Daripada itu, semuanya bermula ketika mereka bercuti ke New York pada 2015 dan mereka mendapati kedai farmasi di sana banyak menjual produk kosmetik tempatan dengan harga yang murah dan berkualiti. Dari situ timbullah angan-angan dengan kakak saya untuk menjadi usahawan kosmetik.

Selain itu, Ibu bapa juga menyokong penuh kerana mereka juga terbabit dalam dunia perniagaan. “Bila balik Malaysia, kami terus buat R&D mengenai ilmu perniagaan, pembuatan kosmetik dan selok-belok yang perlu kita tahu jika ingin menjadi usahawan. Kami terpaksa belajar semula pelbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia, biologi dan sebagainya sebab mahu memastikan setiap kandungan dalam kosmetik itu betul-betul menepati kehendak. Tidak mahu hanya sekadar buat perniagaan tetapi tiada ilmu, bila orang tanya kandungan kosmetik, kita tidak boleh nak bagi jawapan, katanya.Mengenai pengurusan pula, setiap mereka mempunyai peranan sendiri dengan Dahlia banyak terbabit dalam pemasaran dan penjenamaan sementara Luqman dalam operasi dan kewangan.

Seperti adik beradik yang lain, Luqman dan Dahlia juga sering kali berbeza pendapat tetapi mereka selalu bekerja rapat dan menganggap ia bagus dalam meningkatkan lagi perniagaan mereka. Ini kerana katanya, jika ada perbezaan pendapat, mereka dapat banyak idea baru dan boleh menyesuaikannya dengan perniagaan mereka, tidak hanya bergerak lurus seperti pembaris. Kami melengkapi setiap kelemahan dan kelebihan masing-masing. Itu yang membuatkan SO.LEK mampu bertahan sehingga ke hari ini dan kami yakin akan berkembang dan menjadi antara jenama kosmetik utama di muka dunia . Bermula dengan hanya satu produk dan berbekalkan dana dari ibu bapa mereka, Luqman berkata langkah pertama mereka berjaya dan hanya dalam beberapa bulan saja, mereka mampu membayar semula dana yang dipinjamkan itu kepada ibu bapanya

Kini SO.LEK sudah boleh berbangga dengan kejayaan mereka yang sudah memiliki tujuh jenis produk kosmetik dengan lebih 50 unit simpanan stok (SKU) serta kebanyakan produk mereka mendapat sijil perakuan halal dari JAKIM dan KKM. Pemasaran produk mereka juga kini tidak hanya tertumpu di media sosial dan platform e-dagang saja kerana produk SO.LEK sudah mula memasuki farmasi dan kedai jualan terkemuka. “Ini satu kejayaan kepada kami berjaya memasuki rangkaian farmasi dan kedai terpilih. Malah kami juga menyasarkan dapat memasuki lebih 100 rangkaian farmasi tahun ini. Juga SO.LEK bakal terbang ke pasaran antarabangsa dengan sasaran pada suku kedua nanti akan dijual di Kanada, Eropah dan Amerika Syarikat selain menumpukan kepada pasaran serantau di Singapura, Indonesia dan Brunei. Dengan beberapa perancangan ini, kami berharap dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak lima atau enam angka sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.