Home Accounting & Business Advisory Mengapa PMKS Perlu Mengurus Bisnes Dengan Data, Bukan Andaian

Mengapa PMKS Perlu Mengurus Bisnes Dengan Data, Bukan Andaian

4
0

Oleh Baharim Sukari

Jika anda masih membuat keputusan berdasarkan “rasa-rasanya”, mungkin sudah tiba masanya anda mula mengurus bisnes dengan data.

Ramai usahawan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) bekerja keras.

Keluar awal pagi, balik lewat malam.

Telefon tak berhenti berbunyi.

WhatsApp masuk tanpa henti.

Tetapi apabila ditanya,

“Produk mana paling untung?”

“Pelanggan datang daripada Facebook atau Google?”

“Berapa sebenarnya keuntungan bulan lepas?”

Ramai yang menjawab…

“Rasa-rasanya…”

“Mungkin…”

“Agaknya…”

Hakikatnya, bisnes tidak boleh berkembang hanya berdasarkan andaian.


“Where Is The Data?”

Saya belajar perkara ini semasa bekerja di Onkyo Electronic (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat dari Jepun.

Setiap bulan kami akan menghadiri Monthly Management Meeting & Reporting.

Semua pengurus perlu membentangkan prestasi jabatan masing-masing.

Pengarah Urusan kami ketika itu, Shigeki Sakai, cukup pantang mendengar perkataan “maybe.”

Gambar 1996 Baharim (penulis) menerima cenderahati dari MD Shigeki Sakai dalam majlis ringkas menyantuni pekerja yang menyambut kelahiran pada bulan tersebut.

Apa Yang Saya Pelajari Daripada Orang Jepun

Sehingga hari ini, setiap kali saya hendak membuat keputusan dalam bisnes, soalan itu masih bermain di fikiran saya.

“Where is the data?”

Kadang-kadang jawapannya ada.

Kadang-kadang tiada.

Tetapi sekurang-kurangnya saya tidak lagi membuat keputusan berdasarkan “rasa-rasanya.”

Dalam bisnes, pendapat boleh berbeza.

Tetapi data tidak menipu.


Jangan Jatuh Cinta Dengan Produk Sendiri

Ramai usahawan terlalu yakin dengan produk sendiri.

Kita rasa produk kita paling sedap.

Paling cantik.

Paling berkualiti.

Tetapi itu hanyalah pendapat kita.

Pelanggan mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.


Uji Dahulu, Baru Buat Keputusan

Saya teringat satu perkongsian daripada Dato’ Haris Embong, Pengarah Urusan Arisprop Holdings Sdn. Bhd., pengeluar produk sejuk beku jenama Aris. Syarikat beliau berkembang pesat dengan produk yang dipasarkan secara meluas di pasar raya seluruh negara.

Beliau merupakan bekas peserta Program Pemasaran Digital anjuran PUNB, di mana saya dijemput sebagai tenaga pengajar selama dua hari.

Semasa sesi perkongsian, beliau menceritakan bahawa sebelum sesuatu produk baharu dikeluarkan ke pasaran, mereka akan menjalankan blind test.

Gambar semasa perbincangan strategi pemasaran, Baharim (dua dari kiri) bersama Dato’ Haris Embong (kiri) di pejabat Arisprop Kajang.

Produk mereka dibandingkan dengan beberapa jenama yang sudah berada di pasaran.

Panel penilai tidak mengetahui jenama setiap sampel yang diuji.

Mereka hanya memberikan penilaian berdasarkan pengalaman menggunakan produk tersebut.

Selepas memperoleh maklum balas yang meyakinkan, barulah keputusan dibuat untuk meneruskan pengeluaran secara komersial.

Bagi saya, inilah contoh bagaimana keputusan dibuat berdasarkan data dan maklum balas sebenar, bukan semata-mata keyakinan terhadap produk sendiri.


Data Mengurangkan Risiko

Perkara yang sama berlaku dalam pengurusan bisnes.

Ramai usahawan berkata,

“Produk ini paling laku.”

Tetapi apabila melihat rekod jualan, rupanya produk lain yang memberikan keuntungan lebih tinggi.

Ramai juga menyangka Facebook membawa pelanggan paling ramai.

Selepas melihat data, sebenarnya majoriti pelanggan datang melalui Google Search atau pelanggan sedia ada.

Kalau tiada data, kita hanya meneka.


Apa Yang Perlu Direkod?

Tak perlu sistem yang terlalu rumit.

Mulakan dengan merekod perkara asas.

  • Jualan harian.
  • Perbelanjaan.
  • Produk paling laris.
  • Produk paling menguntungkan.
  • Pelanggan baharu dan pelanggan lama.
  • Dari mana pelanggan mengenali bisnes anda.

Apabila semua ini direkodkan secara konsisten, keputusan menjadi lebih mudah.


Penutup

Sehingga hari ini, satu soalan daripada bekas pengarah saya masih terngiang-ngiang di telinga.

“Where is the data?”

Saya percaya, jika setiap usahawan PMKS membiasakan diri bertanya soalan yang sama sebelum membuat keputusan, banyak kesilapan dapat dielakkan.

Kerana dalam dunia bisnes…

Andaian membuatkan kita berharap.

Data membantu kita membuat keputusan.

Dan akhirnya…

Keputusan yang baik akan menghasilkan bisnes yang lebih baik.


Tentang Penulis

Baharim Sukari ialah pengasas M Niaga, jurulatih bertauliah HRD Corp dan bekas pengurusan kanan syarikat Jepun yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang operasi, logistik dan pengurusan prestasi. Kini beliau aktif membantu usahawan PMKS meningkatkan produktiviti melalui AI, pemasaran digital dan pengurusan bisnes berasaskan data. Beliau juga membangunkan M Niaga BizTracker, sebuah sistem yang memudahkan usahawan mengurus quotation, invois, pelanggan, pendapatan dan perbelanjaan dengan lebih sistematik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.