KAJANG, 1 Julai 2026 – Industri seni floral tanah air kini beralih arah daripada sekadar memenuhi permintaan bermusim seperti hantaran perkahwinan dan jambangan bunga konvokesyen, kepada pasaran komersial yang lebih premium. Sektor Gubahan Bunga Korporat (Corporate Floral Arrangement) kini dikenal pasti sebagai lubuk pendapatan baharu yang mampu menjana pulangan konsisten empat hingga lima angka sebulan bagi usahawan florist tempatan.
Menurut data industri, trend syarikat korporat, rangkaian hotel mewah, hospital swasta, dan agensi kerajaan yang melanggan kontrak hiasan bunga segar mingguan bagi meningkatkan imej organisasi dilihat semakin melonjak naik.
Peluang Kontrak Bulanan yang Stabil
Berbeza dengan pasaran individu, pasaran korporat menawarkan kelebihan dari segi kestabilan aliran tunai menerusi sistem kontrak tetap (retainer contract). Sesebuah organisasi sanggup melabur peruntukan khas bagi memastikan ruang utama seperti lobi pejabat, kaunter penyambut tetamu, bilik mesyuarat utama, dan pentas acara rasmi sentiasa dihiasi gubahan floral yang eksklusif.
Impak positif gubahan bunga segar bukan sahaja memberikan impresi pertama yang profesional kepada pelanggan, malah terbukti secara psikologi mampu mewujudkan persekitaran kerja yang menenangkan serta meningkatkan produktiviti kakitangan.
SCCS Pimpin Usaha Lahirkan ‘Florist’ Korporat Gred Premium
Menyedari potensi besar ini, syarikat latihan tempatan, Schamps Creative Solutions Sdn Bhd (SCCS) dengan kerjasama Petals2u Florist & Landskap, telah menganjurkan Kursus Gubahan Bunga Korporat & Bunga Segar bertempat di Kajang.
Kursus intensif yang dikendalikan oleh Amirul Khalid, pengendali latihan profesional merangkap perunding floral dari Petals2u Florist & Landskap, bertujuan untuk mendedahkan usahawan dan pemain industri kepada standard rekaan floral komersial peringkat tinggi.
Membuktikan kepentingan latihan kompetensi ini, kursus kali ini turut menerima penyertaan strategik daripada Abadi Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat kontraktor utama yang pakar dalam membekal gubahan bunga segar serta landskap pokok dalam bangunan (indoor plants). Syarikat berkenaan telah menghantar seramai empat orang kakitangan utama mereka untuk mempertingkatkan kemahiran rekaan floral komersial dan standard gubahan korporat mengikut trend pasaran terkini.
“Untuk menembusi dan mengekalkan kontrak pasaran korporat, seseorang florist atau kontraktor pembekal tidak boleh sekadar menyusun bunga mengikut gerak hati. Mereka wajib menguasai aspek teknikal seperti psikologi warna, prinsip rekaan bertaraf global, dan teknik penjagaan rapi agar bahan gubahan tahan lama,” jelas Amirul Khalid ketika mengulas mengenai silibus kursus tersebut.
Kemahiran Standard Global Jadi Pertaruhan
Menerusi kursus bernilai RM380 seorang itu, para peserta didedahkan dengan modul kritikal termasuk:
Aplikasi Psikologi Warna: Penggunaan skema warna komplementari, analog, monokromatik, dan neutral (seperti putih dan beige) yang menjadi standard utama dalam reka bentuk dalaman pejabat korporat.
5 Gaya Rekaan Utama: Penguasaan gaya Moden (Contemporary) yang minimalis, gaya Eropah yang mewah, seni Ikebana Jepun yang mementingkan keseimbangan, serta gaya Formal dan Natural.7 Prinsip Floral Profesional: Penerapan elemen Keseimbangan, Kadar Banding, Skala, Harmoni, Irama, Titik Fokus, dan Kesatuan dalam setiap hasil kerja.
Pengurusan Bahan Premium: Teknik pemilihan bunga gred tinggi seperti Orkid Phalaenopsis, Lily, Mawar, Anthurium, dan Hydrangea, serta kaedah penjagaan flower food bagi memaksimumkan jangka hayat bunga segar.
Langkah Strategik Membina Empayar Bisnes
Gubahan bunga korporat terbukti bukan lagi sekadar hiasan kosmetik ruang, sebaliknya berfungsi sebagai instrumen strategik yang mencerminkan identiti, nilai, dan prestij sesebuah jenama organisasi. Bagi usahawan mikro mahupun syarikat kontraktor sedia ada, menguasai pasaran high-ticket ini adalah langkah bijak untuk keluar daripada persaingan harga pasaran biasa.
Basi yang berminat untuk mengetahui jadual kursus akan datang atau mendapatkan khidmat nasihat, maklumat lanjut boleh didapati menerusi portal rasmi M Niaga atau melayari laman sosial penganjur di Facebook Amirul Khalid.
Bagi mereka yang ingin menghadiri Kursus Gubahan Bunga Korporat & Bunga Segar, klik di sini.
— M NIAGA




















