KAJANG, 21 Jun 2026 – Berbeza daripada kebanyakan kursus yang hanya dipenuhi teori dan nota pembelajaran, Content Creation & Digital Marketing Bootcamp With AI yang berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2026 di Kajang memberi pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal apabila peserta terus menghasilkan kandungan sebenar sepanjang program berlangsung.
Dianjurkan oleh Schamps Creative Solutions Sdn Bhd (SCCS), program selama dua hari ini direka khas untuk membantu peserta menguasai kemahiran content creation, video marketing, personal branding dan penggunaan teknologi AI dalam pemasaran digital secara terus dan hands-on.

Menurut jurulatih program, Baharim Sukari, pendekatan yang digunakan dalam bootcamp ini adalah berasaskan konsep “belajar sambil buat kerja”, di mana peserta tidak hanya mendengar penerangan tetapi terus menghasilkan kandungan yang boleh digunakan untuk perniagaan atau kerjaya masing-masing.
“Ramai peserta pernah menghadiri pelbagai kursus pemasaran digital sebelum ini. Namun cabaran sebenar ialah apabila balik dari kursus, mereka masih belum menghasilkan apa-apa content. Dalam program ini, peserta terus menghasilkan idea, skrip, video dan content sebenar semasa berada di dalam kelas,” katanya.
Sepanjang program, peserta dibimbing menggunakan pelbagai aplikasi dan teknologi AI bagi membantu mempercepatkan proses penghasilan kandungan bermula daripada pencarian idea, penulisan skrip, rakaman video sehingga proses penyuntingan dan penerbitan kandungan di media sosial.

Peserta yang menyertai bootcamp kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional dan perniagaan termasuk:
- Penulis buku
- Peguam
- Pengimport produk
- Pembekal makanan Pantai Timur
- Pengeluar pakaian
- Content creator
- Usahawan gadget dan telefon pintar
- Personal shopper
- Pengusaha produk makanan dan minuman
Kepelbagaian latar belakang peserta menjadikan sesi perbincangan lebih menarik apabila setiap peserta dapat membina strategi kandungan yang sesuai dengan industri masing-masing.
Antara tugasan praktikal yang perlu disiapkan oleh peserta sepanjang program ialah menghasilkan Video Personal Branding, Video Produk dan Video FAQ, selain membina pelan kandungan yang boleh terus digunakan selepas tamat latihan.
Program ini turut memberi penekanan kepada penggunaan AI sebagai alat membantu pemasaran, bukannya menggantikan kreativiti manusia. Peserta didedahkan kepada kaedah menghasilkan kandungan yang lebih pantas, konsisten dan relevan dengan kehendak pasaran digital masa kini.
Apa yang menarik, ramai peserta berjaya menyiapkan kandungan pertama mereka semasa berada di dalam kelas dan sebahagiannya terus memuat naik kandungan tersebut ke platform media sosial masing-masing.
Video maklum balas peserta yang mengiringi laporan ini turut menunjukkan bagaimana pendekatan hands-on dan bimbingan secara terus membantu peserta memahami proses content creation dengan lebih mudah dan praktikal.
Dalam era di mana video dan kandungan digital menjadi antara faktor utama mempengaruhi keputusan pembelian pengguna, program seperti ini dilihat mampu membantu usahawan dan profesional membina jenama peribadi serta meningkatkan kehadiran digital mereka secara lebih berkesan.
“Belajar Hari Ini. Cipta Hari Ini. Terbit Hari Ini.” Itulah konsep yang membezakan bootcamp ini daripada kursus-kursus pemasaran digital yang lain.
Poster-poster berikut adalah antara hasil kerja para peserta di dalam kelas pembelajaran.
Oleh Baharim Sukari
M Niaga Online




























