Home Agriculture Kursus Asas Penternakan Arnab Pedaging Berjaya Dijalankan di Dengkil

Kursus Asas Penternakan Arnab Pedaging Berjaya Dijalankan di Dengkil

25
0

Kursus Asas Penternakan Arnab Pedaging Berjaya Dijalankan di Dengkil

Dengkil, 17 Mei 2025 – Satu kursus asas berkenaan penternakan arnab pedaging telah berjaya dianjurkan oleh SChamps Creative Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama Bunny Farm Enterprise pada 17 Mei 2025 (Sabtu) di Dengkil, Selangor.

Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini bertujuan memberi pendedahan asas dan praktikal kepada para peserta mengenai bidang penternakan arnab pedaging, satu sektor yang semakin mendapat perhatian dalam industri penternakan moden.

Saudara Muhammad Amin Khalili, selaku penceramah dan jurulatih utama, telah berkongsi pelbagai ilmu penting termasuk teknik pembiakan, penyediaan kandang, pemakanan arnab serta potensi pemasaran arnab pedaging di pasaran tempatan. Kursus ini disertai oleh peserta dari pelbagai latar belakang yang menunjukkan minat mendalam untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan alternatif atau utama.

Yuran penyertaan sebanyak RM150 dianggap berbaloi memandangkan input dan pengalaman yang dikongsikan amat praktikal serta bertepatan dengan keperluan semasa.

Pihak penganjur merancang untuk menganjurkan lebih banyak program seumpamanya di masa akan datang bagi memperkasakan usahawan tani serta memperluas peluang dalam sektor agro makanan.

Oleh Baharim Sukari

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.