Home Vehicles Honda Civic Type R (Fastest Type R) 2023 Coming Soon Open For...

Honda Civic Type R (Fastest Type R) 2023 Coming Soon Open For Booking

38
0

Civic Type-R FL5R bakal dilancarkan secara rasmi oleh Honda Malaysia tidak lama lagi. Khabarnya harga dibawah RM400k. Agak murah jika dibandingkan dengan harga jualan di negara jiran kita.

Civic Type R sejak era lewat 90an, memang dilahirkan sebagai kereta sukan marhaen. Praktikal, lasak, mudah diselenggara dan paling penting boleh digunakan sebagai kereta harian.

Dan hingga kini, formula yang sama masih lagi dikekalkan. Cuma Civic Type R terbaru bukan lagi untuk golongan baik beli. Harganya meningkat seiring dengan reputasinya sebagai “Raja Pacuan Hadapan”. Ia bukan soal kuasa enjin. Tapi kejuruteraan yang jitu yang membuatkan ia imun pada sindrom ‘tork steer’ yang sebati dengan kereta pacuan roda hadapan.

Julukan itu bukan sekadar lantikan netizen, namun diperakui takhtanya selaku pemegang rekod pacuan roda hadapan terpantas di litar Nurburgring.

Maka tak hairanlah ia sering dibandingkan dengan kereta-kereta super yang lain termasuklah Porsche 911 GT3 dan Cayman GT4 RS yang berkali-kali ganda mahal harganya.

Mengambil kira kereta-kereta super yang sekufu prestasi dengannya, Civic Type R masih lagi dianggap sebagai termurah. Malah, dengan hanya beberapa unit sahaja bakal dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia, pasti akan jadi pelaburan yang terbaik buat pemilik.

Hubungi:
012-3076701(Addy)
HZN Glenmarie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.