Home Education & Training ARKEOLOGI PRASEJARAH CATALHOYUK DI TURKI oleh Ahmad Aslam Amran

ARKEOLOGI PRASEJARAH CATALHOYUK DI TURKI oleh Ahmad Aslam Amran

160
0

ARKEOLOGI PRASEJARAH CATALHOYUK DI TURKI
Ahmad Aslam Amran

Abstract
Çatalhoyuk is a very large Neolithic settlement in Turkiye, which existed from 7500 BC to 6400 BC. In 2012, it was writed as a UNESCO World Heritage Site. The site was first excavated by James Mellaart in 1958. These excavations disclosed this place as a centre of advanced culture in the Neolithic time.
Keywords Settlement, Neolitik, Catalhoyuk, Konya.

Abstrak
Çatalhoyuk ialah sebuah penempatan Neolitik paling terbesar di Turkiye, tempat ini wujud dari tahun 7500 SM hingga 6400 SM. Pada tahun 2012, tempat ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada mulanya, kerja penggalian di tapak ini dijalankan oleh James Mellaart pada tahun 1958. Hasil arkeologi mendedahkan tempat ini merupakan sebagai pusat kebudayaan yang maju pada zaman Neolitik.

Kata Kunci Penempatan, Neolitik, Catalhoyuk, Konya.

Tapak arkeologi Catalhoyuk (A. AMRAN, 2022)

PENGENALAN
Kawasan Catalhoyuk merupakan kawasan peninggalan sejarah yang kaya dengan tinggalan sejarah dan telah dikaji semenjak tahun 1958. Sejarah tamadun Catalhoyuk bermula sejak hampir 9,000 tahun lagi. Selain berfungsi sebagai penempatan Neolitik ia juga pusat pertanian dan penternakan yang terawal pada ketika itu. Artifak dan hasil penemuan ahli-ahli arkeologi mengesahkan bahawa satu tamadun yang penting telah wujud di kawasan ini. Çatalhoyuk terletak di daerah Çumra dalam wilayah bandar Konya. “Çatal” bermaksud garpu dan “Hoyuk” bermaksud (mound)/ bukit kecil. Hoyuk dari istilah sejarah ialah sebuah timbunan bukit yang di mana berlakunya runtuhan penempatan bersejarah dan di dalamnya terdapat banyak peninggalan bersejarah.

Peta di Catalhoyuk (A. AMRAN, 2022)

Tempat bersejarah ini pada mulanya telah ditemui oleh seorang pakar Arkeologi yang berasal dari United Kingdom. Beliau bernama James Mellaart. Tempat penempatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Timur dan Barat. Çatalhoyuk bahagian Timur merupakan tempat yang lebih tua kerana mengikut tarikh rekod penemuannya ialah 7400 tahun sebelum Masihi, iaitu pada zaman Neolitik. Pada harini, tempat bersejarah ini berusia kira-kira lebih daripada 9000 tahun. Çatalhoyuk bahagian Barat pula, telah dijadikan sebagai penempatan masyarakat sejak zaman Logam lagi iaitu 6000 tahun sebelum Masihi.

 

Istimewanya Çatalhoyuk, ia diiktiraf sebagai tempat penempatan manusia dan sistem pertanian yang pertama di dunia kerana disini kita boleh lihat, contoh perkampungan bersejarah dan senibina agama antara yang terawal dunia. Pada zaman Neolitik, manusia sudah mula bercucuk tanam dan menetap pada satu tempat. Uniknya, senibina rumah disini ialah rumah-rumah bercantum dan bersebelahan antara satu sama lain. Antara rumah ke rumah mereka tidak mengunakan jalan, jadi mereka memasuki antara rumah ke rumah melalui jalan di atas atap. Pada zaman itu juga, mayat-mayat pula dikebumikan di bawah lantai dalam rumah.

Hasil carigali yang dijalankan oleh pihak kerajaan, di sini terdapat banyak bahan yang bersejarah telah dijumpai antaranya ialah patung berhala, tembikar lama, obsidian ( sejenis batu untuk membuat barang yang tajam seperti pisau), seni lukisan dan patung berbentuk haiwan.

Papan tanda warisan dunia UNESCO di Catalhoyuk ( A. AMRAN, 2022)

CATALHOYUK
Kajian arkeologi yang dijalankan di Catalhoyuk sejak 1958 oleh ahli arkeologi James Mellart dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Turki telah mendedahkan bukti kepentingan Catalhoyuk kepada masyarakat dunia. Kawasan ini dihuni sejak 9,000 tahun dahulu dan merupakan bukti penempatan tetap tertua di dunia. Ini menunjukkan bahawa tempat ini menjadi pilihan utama masyarakat awal dalam proses migrasi mereka. Berikut dibincangkan sumbangan Catalhoyuk kepada Anatolia yang menyebabkan ianya dipilih menjadi kawasan penghunian tetap pertama dunia. Secara umumnya, masyarakat awal prasejarah di seluruh dunia memilih kawasan yang mempunyai sumber air, flora dan fauna untuk kelangsungan hidup. Ini menjadikan Catalhoyuk sangat penting di zaman prasejarah, dan kelebihan ini wujud kerana adanya Sungai Carsamba dan sistem salirannya.

Hasil kerja arkeologi yang dijalankan di Çatalhoyuk terdapat aktiviti pertanian dan penempatan tetap di sini. Çatalhoyuk telah menjadi salah satu penempatan pertama di dunia, di mana manusia melangkah dari kehidupan berpindah randah ke penempatan tetap. Disebabkan daripada perubahan iklim dan tanah yang subur telah bermulanya aktiviti pertanian di Anatolia sejak 7,000 tahun Sebelum Masihi lagi. Çatalhoyuk adalah penempatan yang mempunyai kesan pertanian dan penternakan yang muncul di daerah Konya. (Hasan Bahar, 2010: 22).

Penempatan Catalhoyuk berlaku pada Zaman Neolitik. Berdasarkan penemuan oleh James Melleart pada tahun 1958, tempat ini merupakan warisan budaya yang menarik perhatian seluruh dunia dan menjadi terkenal dalam sejarah arkeologi. Kerana hasil penemuan Çatalhoyuk berjaya merubah sejarah dunia arkeologi. Aktiviti pertanian pertama bukan berlaku di Fertile Cescent yang terletak di Wilayah Mesopotamia tetapi di Catalhoyuk. (Hodder, 2007: 106). Kini, ahli sejarah dan sainstis telah menemui kesan pertanian dan penempatan awal pertama di dunia terletak di bumi Anatolia.

James Mellaart memulakan penggalian antara tahun 1961-1965. Çatalhoyuk telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada 2012. Çatalhoyuk terletak di dalam daerah negeri Konya iaitu di Anatolia bahagian Tengah. Ia terletak 52 km dari pusat bandar Konya. Setelah James Mellaart, ahli arkeologi dari Universiti Cambridge Ian Hodder telah memulakan penggalian kedua bermula pada tahun 1993 sehingga tahun 2018.

Penempatan pertama di Çatalhoyuk berlaku pada Zaman Neolitik, kira-kira 9,400 tahun dahulu. Pada zaman itu, kawasan seluas 13.5 hektar ini terdapat Tasik Kuno Konya. Penempatan Çatalhoyuk telah didiami secara berterusan selama kira-kira dua ribu tahun iaitu sejak Zaman Neolitik “East Çatalhoyuk” (7400-BC).

Di Catalhoyuk terdapat penemuan budaya seni seperti hasil tenunan, kerja kayu, perlombongan, hasil kerja obsidian, lukisan dinding, arca daripada batu dan tanah liat. Ini memberi penerangan tentang kebudayaan seni yang berlaku pada zaman itu. Disini aktiviti keagamaan dapat dijelaskan melalui penemuan tapak kuil dan patung berhala. Hasil penemuan seni bina, sistem ekonomi berasaskan penternakan dan pertanian dan pertukaran barang dalam perdagangan menunjukkan bahawa Catalhoyuk merupakan tamadun yang maju. (Melleart, 2002: 53). Pada tahun 1960 James Melleart telah menemui arca sepasang harimau bintang, patung kepala lembu dan lukisan haiwan. (Hodder, 2001: 11).

Pengebumian mayat di bawah lantai rumah adalah penunjuk yang paling kukuh tentang hubungan rapat penduduk Çatalhoyuk dengan pemujaan nenek moyang (Hamilton, 2001, 31). Semasa penggalian yang dijalankan antara tahun 1962 dan 1965, kira-kira terdapat 480 rangka ditemui di bawah lantai rumah. (Boz et al., 2001:46).

Hasil darpada pemerhatian seni bina Catalhoyuk kita dapati ia merupakan struktur yang terancang. Bagunan perumahan ini dibina seperti bentuk sarang lebah. Ia terbentuk bersebelahan antara satu sama lain. Rumah Çatalhoyuk dibina daripada bata lumpur segi empat tepat, campuran lumpur dan jerami yang dikeringkan matahari. Di kota ini tidak terdapat laluan jalan masyarakat Catalhoyuk mengunakan laluan melalui bumbung rumah dan memasuki rumah melalui bumbung rumah. Mereka juga melakukan pengebumian mayat di dalam rumah iaitu di bawah lantai rumah. (Mellerat, 2002: 37-40).

KESIMPULAN
Penempatan Catalhoyuk menunjukkan ciri-ciri Zaman Neolitik yang jelas. Pada zaman ini masyarakat awal Catalhoyuk telah mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Anatolia bermula pada kira-kira 12,000 tahun dahulu. Masyarakat Catalhoyuk bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat.

Tamadun Catalhoyuk telah menyumbang kepada pengetahuan asas prasejarah Dunia. Kawasan ini sangat penting di Turki. Kerajaan Turki komited menjaga dan memulihara tapak arkeologi ini. Kerana nilai sejarahnya terlalu tinggi. Warisan yang ditinggalkan di Catalhoyuk bukan sahaja warisan Turki ia juga warisan dunia.

BIBLIOGRAFI
Bahar, Hasan (2010) Çarşamba Uygarlığı ve Çatalhöyük, Beyşehir Doğa Eğitimi, Bilim ve Doğa ile 12 Gün Baş Başa (Editör. Ali Meydan). Konya.

Boz, B, Molleson, T, Andrews, P., (2001), Çatalhöyük İnsanları, , Geçmişten Günümüze Çatalhöyük, I.Uluslararası Çatalhöyük’ten Günümüze Çumra Kongresi Bildiri Kitapçığı, Damla Ofset.

Hamilton, Naomi (2001), Kemik, Taş, Boya ve Kil: Çatalhöyük Buluntularıyla Yazılan Tarih, Geçmişten Günümüze Çatalhöyük, I.Uluslararası Çatalhöyük’ten Günümüze Çumra Kongresi Bildiri Kitapçığı, Damla Ofset.

Hodder, Ian (2001), Yeniden Çatalhöyük: Konya Ovasında Yeni Kazılar, Geçmişten Günümüze Çatalhöyük, I.Uluslararası Çatalhöyük’ten Günümüze Çumra Kongresi Bildiri Kitapçığı, Damla Ofset.

Hodder, Ian (2007), Çatalhöyük in the Context of the Middle Eastern Neolithic,Annual Review of Anthropology, Vol. 36: 105-120.

Mellaart, James (2002), Çatalhöyük Anadolu’da Neolitik Bir Kent (Çev. Gökçe Bike Yazıcıoğlu),Yapı Kredi Yayınları, İstanbul. Semple, Ellen Churchill (1909). The Operation of Geographic Factors in History. Bulletin of AGS. Vol. 41. No:7. 422-439.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.