Home MN TV Perkongsian 7 Sebab / Tip Untuk Anda Terus Konsisten (istiqamah) Menjadi Seorang...

Perkongsian 7 Sebab / Tip Untuk Anda Terus Konsisten (istiqamah) Menjadi Seorang Youtuber

97
0

Perkongsian 7 Sebab / Tip Untuk Anda Terus Konsisten (istiqamah) Menjadi Seorang Youtuber

Assalamualaikum teman-teman, video kali ini sekadar perkongsian dariku tentang bagaimana dan tujuan ku menjadi Youtuber. Yang penting setiap apa yang kita lakukan mestilah ada MOTIFnya.

Konten ini merakamkan sewaktu aku berbelanja dapur, biasalah rutin mingguan la katakan.

Kali ini aku memilih pasaraya CS di Plaza Metro Kajang. ‘Enjoy’ kat sini kerana keselesaan dengan peragaannya yang menarik.

Ikan-ikan yang segar dengan harganya pun berpatutan menjadi salah satu sebab aku ke sini.

Ada orang tanya… “Kenapa jadi youtuber?”

Aku seorang usahawan, antara perkara yang paling penting dalam perniagaan masa kini adalah pemasaran dan penjenamaan. Manakala YouTube adalah platform untuk kita menyalurkan maklumat tentang apa-apa perkara yang dicari oleh pelayarnya. Oleh itu aku gunakan YouTube sebagai tempat untuk tujuan pemasaran, ‘branding’ dan ‘personal branding’.

Apabila anda menjadi seorang youtuber, sebenarnya anda adalah seorang ‘content creator’. Tak dinafikan bab nak buat konten ni kadang-kadang pening jugak. Tapi ini lah cabaran yang akan menjadikan kita lebih kreatif.

Bagi aku tujuh perkara ini penting dalam kita beristiqamah untuk terus membuat konten di YouTube;

1. Buat apa yang kita suka atau minat.
2. Rakamkan aktiviti rutin atau kerja kita.
3. Kongsi ilmu atau pengetahuan kepada umum.
4. Tingkatkan kemahiran dalam suntingan video. Berteraskan kepada “kepuasan dalam penghasilan”. (kursus suntingan video)
5. Fokus kepada konten bukan kepada pencapaian. Pencapaian atau ‘income’ akan hadir bila anda beristiqamah.
6. Tonton video-video lain dalam mencari idea-idea baru.(contoh video-video)
7. Timbulkan perasaan “gelisah” jika tiada konten baru.

“Belajarlah sesuatu dari apa yang kita lihat. Buat lah sesuatu dari apa yang kita belajar.”

Lihat pada video ini, menarik bukan?
Buah-buahan ini tersusun indah dan nampak segar. Pasti pengunjung tertarik melihat dan akan terjurus untuk membelinya. Sama juga dengan konten kita, fikirkan apa yang boleh
menarik perhatian penonton.

Buah-buahan ini pasti berkhasiat. Sama juga konten kita, jadikan ianya memberi manfaat kepada para penonton. Konten yang baik dan bermanfaat dapat membantu orang lain, alangkah murni kerja-kerja (konten) kita ini.

Buat mereka yang baru atau baru nak mula jadi youtuber, tip yang paling penting adalah ISTIQOMAH.

Mulakan dengan apa yang kita ada, jangan tunggu ada kamera mahal-mahal baru nak buat. Guna handphone, modal sikit untuk beli microphone dan tripod untuk kualiti yang lebih baik.

Pilih ‘NICHE’ anda untuk meningkatkan ‘subscriber’. ‘Niche’ yang terbaik adalah yang berkaitan dengan kerja dan kerjaya atau profesionalisme anda atau hobi dan sebagainya.

Terima kasih kepada anda yang sudi menonton
konten ini. Sekali lagi, konten ini sekadar perkongsian dari ku, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Terima kasih juga kerana sentiasa menyokong dan subscribe channel M Niaga TV. Jika konten ini bermanfaat, sila komen “YA”.

Sekian, wassalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.