Home Food & Beverages XN2012 XplOrasiNiaga: Restoran Deli-Sushi Hidangan Jepun Pilihan Ramai | Wangsa Maju, Cyberjaya...

XN2012 XplOrasiNiaga: Restoran Deli-Sushi Hidangan Jepun Pilihan Ramai | Wangsa Maju, Cyberjaya Dan Shah Alam

315
0

XN2012 XplOrasiNiaga: Deli-Sushi Hidangan Jepun Santapan Pilihan Ramai | Wangsa Maju, Cyberjaya Dan Shah Alam

Susi adalah merupakan makanan tradisional yang sangat popular di Jepun, dan kini ianya semakin popular dan digemari di seluruh dunia.

Sushi diperbuat daripada nasi bercuka yang dicampur inti berasaskan ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut samada mentah, dimasak atau diperam.

Kini di Malaysia hidangan Jepun ini semakin mendapat sambutan, apabila ada permintaan maka wujudlah penawaran. Peluang ini tidak disia-siakan oleh usahawan pilihan XplOrasi Niaga kali ini, Hajjah Noorul Amilin Mohd Daud telah memulakan perniagaan Restauran Masakan Jepun Deli-Sushi ini pada 2019 dan kini telah mempunyai 3 cawangan kesemuanya.

Menyediakan pelbagai jenis masakkan Jepun, Noorul mementingkan kualiti, kebersihan dan kesucian bagi santapan pelanggan mereka.

Lokasi kunjungan kami kali ini di Deli-Sushi, Lot G-73, G73A & G75, Ground Floor, Wangsa Walk Mall, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Oleh Baharim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.