Home MN TV 220016 BicaraNiaga: Dulu Jual Petai Kini Usahawan Ini Berniaga Barangan Import Dari...

220016 BicaraNiaga: Dulu Jual Petai Kini Usahawan Ini Berniaga Barangan Import Dari Dubai

133
0

“Nak seribu daya, tak nak seribu alasan/dalih”

Perniagaan adalah salah satu punca pendapatan dan rezeki yang boleh diraih sekiranya ianya dilakukan dengan betul dan berlandaskan syariat Islam. Setiap manusia sudah pasti berkeinginan untuk mengubah sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik.

BicaraNiaga kali ini membawakan kisah seorang usahawan kental dan mempunyai keazaman yang tinggi dalam meningkatkan keupayaan dan pencapaian perniagaannya.

Samsul Haizan atau lebih mesra dikenali sebagai Ijan pada awalnya berniaga di pasar dengan menjual petai, namun perniagaannya agak terjejas disebabkan impak dari Pandemik COVID-19.

Beliau telah membuat keputusan untuk menukar produk jualanya kepada barang-barang yang di import dari Dubai pada hujung tahun 2021. Antara barangan jualannya kini adalah bakhoor, perfume dan lain-lain.

Bermodalkan kurang RM1,000 kini beliau memiliki stok barangan lebih daripada RM10,000 hanya dalam tempoh 3 bulan beliau menukar perniagaannya itu. Beliau percaya perniagaannya boleh dikembangkanya lagi dengan memperbanyakkan rangkaian ejen jualannya. Kini beliau mempunyai 30 ejen dan beliau bertekat untuk menambah kepada 300 orang pada tahun ini.

Semoga usaha dan perniagaan beliau menjadi contoh terutama kepada sesiapa yang bakal atau baru dalam dunia perniagaan.

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin menghubungi Ijan… Klik Link ini (FB): https://www.facebook.com/ijanherbalife.samsul

Oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.