Home MN TV Banjir Membawa Kemusnahan Harta Benda dan Alam Sekitar – Tinjauan Setelah Dua...

Banjir Membawa Kemusnahan Harta Benda dan Alam Sekitar – Tinjauan Setelah Dua Bulan Banjir Di Sungai Lui

203
0

18 Disember 2021 perubahan iklim dan akibat cuaca ekstrem telah mengakibatkan banyak kawasan di Malaysia mengalami banjir besar yang tak diduga. Antara negeri-negeri yang terlibat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Taburan hujan lebih 300 milimeter (mm) dalam sehari, iaitu jumlah purata sebulan dikatakan punca sebenar bencana banjir ini berlaku.

17 Febuari 2022, tinjauan kami di Sungai Lui, Hulu Langat (salah satu kawasan yang terlibat banjir besar) mendapati, rata-rata penduduk yang mengalami kerosakkan dan kemusnahan rumah masih dalam progres pembaikan dan pembuatan rumah semula.  Ada di kalangan penduduk yang ditemui, mereka belum dapat mendirikan rumah mereka semula atas faktor kekangan kewangan.

Tinjauan kami juga meliputi kawasan sungai, apa yang kama dapati, air masih keruh akibat runtuhan tanah di bahagian atas sungai dan beberapa bahagian sungai mengalami perubahan bentuk disebabkan oleh tebing-tebing runtuh.

Oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.