Home Automotive INOVASI GRAFINTOKTM TINGKAT PRESTASI ENJIN

INOVASI GRAFINTOKTM TINGKAT PRESTASI ENJIN

103
0

SERDANG – Minyak enjin adalah penting dalam memastikan enjin berfungsi dengan cekap dan berterusan serta kekal beroperasi untuk jangka masa yang panjang.
Kebanyakan jenis minyak enjin di pasaran mempunyai koefisien geseran yang tinggi, isipadu besar, kekurangan lekatan pada permukaan logam dan kekonduksian terma yang lemah.
Bagi mengatasi masalah ini, Prof. Dr. Janet Lim Hong Ngee penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan inovasi GrafinTok™ yang direka khusus dengan teknologi yang dipatenkan untuk minyak enjin yang sesuai dengan semua jenis kenderaan.
GrafinTok™ mempunyai keupayaan untuk menghidupkan semula kereta dengan melepaskan kuasa kuda yang tidak aktif, memanjangkan hayat minyak, menyediakan keadaan enjin yang sejuk dan menggalakkan penjimatan bahan api.
Elemen utama yang digunakan untuk membangunkan inovasi ini adalah grafin, bahan hebat yang terkenal dengan keupayaannya dalam mengurangkan penggeseran yang tinggi, dan melindungi permukaan logam. GrafinTok™ memberi pengguna kebaikan dari segi penjimatan kos dan bahan api sebagai minyak pelincir aditif yang sesuai dengan semua jenis minyak enjin yang berada di pasaran.
GrafinTok™ didapati terbukti meningkatkan kecekapan enjin dengan pengurangan pelepasan HC, CO & NO yang ketara sebanyak 50% dan menghidupkan semula enjin lembap dengan pengurangan bunyi dan getaran 10% untuk pemanduan yang lebih lancar dan senyap.
GrafinTok™ fokus untuk menjadi ciptaan hijau yang menjimatkan perbelanjaan pengguna dengan mengurangkan keperluan tukaran minyak yang kerap sekali gus secara langsung menurunkan sejumlah sisa minyak kotor.
Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan pingat emas di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) Malaysia 2021 baru-baru ini. Teknologi ini giat menjalankan aktiviti ke arah pengkomersilan teknologi melalui syarikat start-up GO Advanced Solutions Sdn. Bhd. di bawah Putra Science Park (PSP), UPM.

Maklumat lanjut berkaitan inovasi / pengkomersialan hasil penyelidikan UPM:
Cik Nor Azizah Ismail
Bhg. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park
03-9769 2187 | promosi@upm.edu.my

Senarai teknologi UPM, sila layari:
https://sciencepark.upm.edu.my/produk_upm-3525

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.