Home Inspirasi Niaga 210008 Bicara Niaga: Penternakan Ayam Belanda/ Ayam Piru satu Potensi dan Pelaburan...

210008 Bicara Niaga: Penternakan Ayam Belanda/ Ayam Piru satu Potensi dan Pelaburan yang Berbaloi

677
0

210008 Bicara Niaga: Penternakan Ayam Belanda/ Ayam Piru satu Potensi dan Pelaburan yang Berbaloi

Ayam belanda atau ayam piru atau juga dikenali kalkun adalah sejenis spesies burung berukuran besar dari ordo Galliformes genus Meleagris berasal dari kawasan selatan dan tengah benua Amerika Utara.

BICARA NIAGA kali ini mengupas penternakan Ayam Belanda yang diusahakan oleh Jamali Arif di Kulai Johor.

Jamali menunjukkan ayam jantan dewasa seberat 7kg lebih.

Bermula dengan bermodalkan RM250 bagi pembinaan reban dan RM120 untuk 10 ekor anak ayam, kini Jamali mampu tersenyum kerana usaha beliau tidak sia-sia apabila nilai pelaburanya kini belipat kali ganda.

Menurut beliau, penjagaan yang mudah, kurang risiko serangan penyakit dan pembiakan yang cepat menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan ini. Seekor ibu ayam mampu bertelur hingga 30 ke 35 biji semusim (2 kali setahun).

Anak ke 3 Jamali turut berminat terhadap penternakan ayam Belanda dan sering membantu beliau.

Kini beliau tidak teragak-agak menambah pelaburannya dengan membina reban baharu dengan pelaburan sebanyak RM2,000.

Ayam Belanda mempunyai potensi yang bagus, harga pasaran mencecah RM20 sekilo dan RM160 seekor. Permintaan tinggi terutama pada musim-musim perayaan tertentu menjadikan penternakan ini boleh memberikan peluang perniagaan kepada penternak.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut tentang penternakan ini, boleh terus menghubungi Jamali dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp (klik) www.wasap.my/601127611421/@MN_AyamBelanda

Semoga kupasan kali ini dapat memberi idea kepada mereka yang berminat dalam penternakan.

Oleh Baharim Sukari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.