Home Inspirasi Niaga Kecederaan sukan dan pandemik bukan penghalang usahawan muda, Fariha Razak

Kecederaan sukan dan pandemik bukan penghalang usahawan muda, Fariha Razak

68
0

Oleh: AN NAJWA AZIZAN

Pemain bola jaring kebangsaan, Nurfariha Abdul Razak, 26, berasal dari Johor Bahru, perancangan jadual adalah merupakan peranan yang paling utama bagi seseorang atlet yang juga bergelar sebagai usahawan. Ini adalah untuk memastikan bahawa segala tugasan yang diberi dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik. Usahawan muda, Fariha Razak berkata, beliau perlu mengikut sesi latihan skuad boleh jaring di Institut Sukan Negara, tetapi buat masa sekarang beliau menjalani program rehabilitasi kerana baru sahaja menjalani pembedahan kecederaan lutut kirinya baru-baru ini.

“Perancangan jadual adalah penting bagi seseorang yang komited dengan dua perkara dalam masa yang sama. Saya percaya jika saya mempunyai perancangan jadual, saya dapat mengekalkan prestasi sebagai atlet dengan baik. Begitu juga dengan perniagaan saya yang sudah hampir tiga tahun.”

Perniagaan kek coklat moist atau lebih dikenali sebagai “Chocolate Leleh Meleweh” telah berada di pasaran sejak 2 Oktober 2018. Pada awal permulaan, rakan karibnya menawar beliau untuk menjadi rakan kongsi perniagaan tersebut dan kini mereka berdua adalah pemilik syarikat FA House Enterprise dan turut mengeluarkan jenama FA Eats. Jenama ini tidak lagi asing dalam dunia perniagaan kerana penjualan kek “Chocolate Leleh Meleweh” ini telah dipasarkan di seluruh Malaysia. Beliau juga mempunyai lebih dari lima puluh ejen yang turut dapat menjana pendapatan dengan jenama FA Eats.

Namun, bukan semuanya indah jika seseorang berada di dalam dunia perniagaan. Berkongsi cabaran yang pernah dilaluinya, Nurfariha atau mesra dengan panggilan Fariha meluahkan di mana wabak pandemik Covid-19 ini telah memberi impak yang besar kepada perniagaannya kerana proses penghantaran stok kepada ejen-ejen seluruh Malaysia terjejas dan memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding cara yang biasa digunakan sebelum ini.

“Tujuan saya memulakan perniagaan ini bukan sahaja untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan saya, tetapi saya juga ingin membantu semua orang yang ingin menjana pendapatan atau mencari “duit tepi”. Saya faham dengan keadaan negara kita yang dilanda wabak ini telah memberi kesan yang besar kepada semua lapisan masyarakat terutamanya dari segi kewangan. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik pada waktu yang sukar ini untuk membantu masyarakat lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin mencari wang tambahan.” katanya.

Beliau berkongsi pesanan kepada pembaca supaya sentiasa berfikiran positif dalam semua situasi yang dihadapi, tidak kira baik atau buruk kerana beliau percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.