Home Home Furniture & Cabinet HUSMAT FURNITURE PERABOT PILIHAN NO 1 RAKYAT MALAYSIA.

HUSMAT FURNITURE PERABOT PILIHAN NO 1 RAKYAT MALAYSIA.

364
0

HUSMAT FURNITURE PERABOT PILIHAN NO 1 RAKYAT MALAYSIA.

Sebut sahaja Husmat pasti ramai telah mengenali dan nampak dimana-mana sahaja jenama Husmat di sepanjang Highway dari Sungai Petani hingga dalam kawasan negeri Perlis.

Kepakaran Husmat Furniture dan harga perabot yang ditawarkan kepada pelanggan telah mendapat sambutan tinggi dari negeri Kedah, Perlis, Langkawi, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka. Husmat mendapat sokongan dari pelbagai negeri di Malaysia kerana aktif dalam pemasaran atas talian. Hal ini,pelanggan tertarik akan kreativiti yang dilakukan oleh team Husmat pada setiap hari.

Husmat Furniture terkenal sebagai pusat perabot pilihan ramai yang bertapak di Perlis. Kini terdapat dua cawangan iaitu di Kuala Perlis dan Kangar. Husmat Furniture menyediakan pelbagai pilihan perabot rumah dan pejabat dari pelbagai harga sesuai dengan tagline “Menyempurnakan Kediaman Anda.”

Juga terkenal dalam pembekalan perabot ke agensi Kerajaan dan swasta di seluruh Perlis. Menjadi pilihan nombor satu masyarakat Perlis kerana servis dan layanan yang terbaik buat pelanggan. Tambahan pula, pelbagai promosi dan tawaran menarik setiap bulan untuk kemeriahan bersama.

Nama Husmat Furniture amat dikagumi oleh rakyat negeri Perlis kerana satu-satunya perabot bumiputera yang menjual peralatan perabot yang lengkap. Selain itu, Husmat Furniture telah menjalankan Projek Asnaf selama dua tahun secara konsisten.

Projek Asnaf ini ditubukan oleh Husmat Furniture untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Setiap minggu pada hari Jumaat Team Husmat akan turun padang untuk mengagihkan barangan dapur kepada golongan asnaf.

Projek Asnaf ini dapat ditubuhkan apabila Husmat Furniture mendapat sokongan daripada pelanggan untuk membeli perabot di Husmat. Pembelian perabot di Husmat oleh pelanggan akan disumbangkan ke dalam Projek Asnaf. Oleh itu pelanggan telah melakukan pembelian yang bijak kerana mereka membeli sambil beramal.

Jom kita sokong Husmat Furniture kerana sokongan anda terhadap perabot bumiputera amatlah kami hargai, kerana pembelian anda itu merupakan pembuka rezeki kepada golongan asnaf.
PILIH YANG TERBAIK! PILIH HUSMAT FURNITURE!

0164875486 Zahirah Zulkornain (Marketing Executive Husmat Furniture SDN BHD)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.