Home Business Dari penjual berus gigi seringgit, kini jualan jutaan ringgit dalam bidang hartanah

Dari penjual berus gigi seringgit, kini jualan jutaan ringgit dalam bidang hartanah

407
0

Oleh Baharim Sukari

Dari penjual berus gigi seringgit, kini jualan jutaan ringgit dalam bidang hartanah

“Perniagaan bukan untuk orang berduit… tetapi perniagaan adalah untuk orang yang nak buat duit”, inilah ungkapan yang saya pegang dan saya sampaikan kepada sesiapa yang hendak berniaga tetapi memberi alasan tiada modal untuk memulakanya.

Kali ini saya bawakan pembaca kepada sebuah kisah kejayaan seorang usahawan yang pada awalnya tiada kemampuan untuk mengadakan sumber kewangan besar atau modal besar untuk memulakan perniagaannya. Cukup hanya sekadar bebekalkan puluhan ringgit sahaja, Mohd Ameran bin Abdullah bermujahadah melakukan jualan di pasar malam sekitar Bangi dan Kajang.

Tiada alasan, tidak pernah mengeluh kepenatan, hanya bebekalkan semangat untuk berubah. Benar kata orang “untuk gagal kita akan mencipta seribu alasan… tetapi untuk berjaya kita hanya perlu ada satu kekuatan”.

Tidak ramai orang sanggup menempuhi keperitan, kesusahan dan halangan dalam dunia perniagaan, buktinya ramai yang mencuba dan kemudian berputus asa lalu “makan gaji” semula. Saya selalu jumpa, orang yang berjaya kebiasaanya pernah melalui proses turun naik, jatuh dan bangkit semula. Ini dibuktikan oleh Ameran dan ramai lagi usahawan di luar sana.

“Berniaga bukan semudah ABC tetapi sesusah ABC”… apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah, setiap perkara yang kita hendak mulakan pasti akan melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Cuba anda perhati anak-anak yang berusia 3 ke 5 tahun, mereka menghadapi kesukaran untuk menulis ABC walaupun orang kata ABC itu mudah. Betul anda kata ABC itu mudah, ini sekarang… pada mula-mula anda hendak mengenal ABC bagaimana? Sama juga dengan perniagaan, kita perlu melalui peroses pembelajaran, bertindak atas pengetahuan dan baharulah anda dapat pengalaman dari apa yang anda lalui sebagai bekalan masa mendatang.

Semoga kisah Amer Hartanah (Ameran) ini dapat menjadi inspirasi dan aspirasi kepada kita, “kejayaan tidak hadir secara kebetulan, ianya perlu dicipta, dirancang dan disusuli oleh tindakan”. Ingat! Kejayaan juga adalah gabungan ilmu, kemahiran, sikap positif, komitmen, disiplin, strategi dan pengurusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.