Home Insurance/Takaful TAKAFUL: ADAKAH IANYA SATU KEHENDAK ATAU KEPERLUAN?

TAKAFUL: ADAKAH IANYA SATU KEHENDAK ATAU KEPERLUAN?

914
0

 

TAKAFUL: ADAKAH IANYA SATU KEHENDAK ATAU KEPERLUAN?

Oleh : Mohd Faizal Bin Ismail

Istilah perlindungan  takaful sudah tidak asing lagi di negara kita terutama melalui media-media sosial dan laman web rasmi sesebuah agensi insurans takaful. Walaupun berlaku banyak lambakan iklan-iklan untuk menarik minat masyarakat untuk mendapatkan takaful namun tetap masih belum mendapat sambutan yang baik. Mengapakah sambutan ini masih kurang memberansangkan sedangkan takaful mempunyai banyak manfaat untuk individu ditimpa musibah? Adakah strategi kurang berkesan dalam kalangan agensi insuran takaful dalam menyedarkan masyarakat kepentingan insurans takaful?.

Takaful bukan lagi satu kehendak bahkan satu keperluan dimana sangat diperlukan disaat-saat kita memerlukan dan ditimpa kecelakaan. Mungkin sesetangah individu terasa bosan dengan iklan-iklan daripada agensi takaful tetapi ini tidak bererti kita hanya sekadar memandang tanpa harus memikirkan  kebenaran yang cuba disampaikan. Namun, pada kebenarannya masih ramai yang tidak mengambil endah tentang kepentingan takaful ini.

Salah seorang perunding takaful iaitu Saudara Mohd Fadzli Bin Ismail, 26 tahun yang merupakan kakitangan dari Alif Agency dibawah Prudential BSN Takaful berkata, faktor yang membuatkan orang awam tidak berminat untuk mengetahui kepentingan takaful  adalah berpunca daripada sikap mereka itu sendiri.

“Sikap individu sebenarnya yang menghalang seseorang itu untuk bertindak padahal itu adalah demi kepentingan dan kemudahan mereka sendiri”. Katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat sesetengah individu yang tidak “alert” atau peka dengan persekitaran sebagai contoh, jiran mereka atau salah seorang ahli keluarganya mengalami kemalangan dan mereka pastinya menghadapi  masalah kewangan untuk membayar bil hospital yang tinggi. Individu ini seolah-olah menginginkan sudah terhantuk baru hendak tergadah, namun semua sudah terlambat. Takaful merupakan satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Menurut saudara Fadzli, takaful ini ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan pencarum apabila ditimpa musibah. Bayaran bulan yang dikenakan bukan untuk kepentingan agensi takaful semata-mata sebaliknya untuk pulangan berlipat ganda apabila pencarum menghadapi masalah. Mungkin sebelum ditimpa musibah kita beranggapan bahawa membeli insurans takaful adalah satu pembaziran dan wang tersebut boleh digunakan untuk urusan lain. Mereka tidak sedar bahawa malang tidak berbau, penyakit datang tidak memberi salam dan kematian itu datang tanpa mengetuk pintu dahulu.

Menurut saudara Fadzli, terdapat dikalangan rakannya mencari beliau disaat mereka menghadapi kemalangan atau kecelakaan namun beliau tidak mampu berbuat apa-apa melainkan doa dan bersedekah sahaja.

“Saya berasa kasihan kepada kawan-kawan saya yang ditimpa musibah  dan saya pernah berusaha untuk membantu mereka dahulu namun dibalas dengan pelbagai alasan membuatkan saya tidak mampu memberi apa-apa bantuan lagi disaat mereka benar-benar memerlukan”.Kata beliau lagi.

Jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat

Pada masa kini, jangka hayat untuk rakyat Malaysia semakin meningkat. Rata-rata peratusan kematian rakyat Malaysia pada usia 80 tahun keatas dan usia kematian akan dijangka meningkat dengan kemajuan teknologi perubatan. Oleh itu, mereka memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi kerana menggunakan teknologi yang tinggi. Jadi, disinilah fungsi insurans takaful melalui takaful perubatan dan kesihatan untuk menanggung segala kos rawatan serta memberikan jaminan keselesaan kepada pesakit seperti wad kelas pertama layan VIP.

Jenis-jenis takaful ditawarkan Alif Agency di bawah Prudential BSN Takaful

Antara jenis takaful yang kami tawarkan adalah empat iaitu Medical Card, Hibah, pelaburan dan simpanan, umrah dan haji. Namun begitu, pihak kami lebih fokus kepada dua iaitu Hibah dan Medical Card. Hibah adalah tabung atau wang yang dicarum oleh pencarum yang boleh diwasiatkan kepada keturunan mereka atau penama yang diletakkan apabila pencarum meninggal dunia. Sebagai contoh, apabila pencarum meninggal dunia wang simpanan tersebut akan jatuh kepada isteri dan anak-anak untuk kegunaan mereka kelak. Hal ini bertepatan dengan hadis riwayat AL-Bukhari iaitu ”Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. Medical Card pula bertujuan untuk menjaga kebajikan dan membayar kos rawatan apabila pencarum atau ahli keluarga terlibat dalam kemalangan atau musibah. Segala bil akan ditanggung sepenuhnya dan diberi hospital swasta dan rawatan yang kelas pertama.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.