Home Food & Beverages KARI KEPALA IKAN D’WAREES RESEPI

KARI KEPALA IKAN D’WAREES RESEPI

1084
0

KARI KEPALA IKAN D’WAREES RESEPI

Oleh: RIDZUAN KHALID

D’WAREES RESEPI

BATU 3, SHAH ALAM, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR

017-3242140, 017-3663987

FACEBOOK: D’WAREES RESEPI

Pemilik restoranAhmad Tarmizi bin Khalid (Mie)

Akmalzulaila bt Mohamad (Laila)

Waktu Operasi6.30 pagi – 4.30 petang (Tutup setiap ahad)

Image may contain: 11 people, people smiling, people sitting, table, child, food and outdoor

D’Warees Resepi merupakan sebuah perniagaan gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan bermula dari sarapan pagi hingga makan tengahari. D’Warees Resepi telah memulakan operasi bermula pada pertengahan tahun 2017 dengan hanya menumpang di gerai ini bagi menjual ikan bakar, ABC, cendol dan kuih-muih melayu.  Namun begitu, pasangan suami isteri ini sentiasa memasang impian untuk mengembangkan perniagaan dan memiliki restoran sendiri.

Ibarat bulan jatuh ke riba“, memang tidak disangka-sangka, rezeki datang bergolek di depan mata. Penyewa gerai sebelum ini bercadang untuk berpindah lokasi dan peluang keemasan ini tidak harus mereka lepaskan. Pada April 2018, D’Warees Resepi telah mula menyewa keseluruhan gerai tersebut dan memulakan perniagaan nasi berlauk. Bagaimanapun, permulaan awal yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini tidak semudah yang disangka. Sokongan keluarga adalah sangat penting di peringkat perancangan. Bukan sahaja ia menjadi tunggak emosi dan minda, bahkan keluarga biasanya menjadi pilihan pertama yang meminjamkan dana bagi memulakan perniagaan.

Hidangan kari kepala ikan ini, merupakan antara hidangan yang terlaris di kedaimakannya

D’Warees Resepi menggabungkan resepi daripada kedua-dua belah keluarga. Pasangan ini mempunyai kebolehan dan kemahiran memasak yang diwarisi daripada ibu masing-masing. Namun begitu, Kari Kepala Ikan ini adalah resepi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Mereka telah mengolah resepi Kari Kepala Ikan ini mengikut pendapat majoriti pelanggan yang datang ke gerai ini. Mereka terbuka dalam menerima pendapat daripada pelanggan yang sentiasa mahukan kualiti dan rasa Kari Kepala Ikan yang terbaik. Berpuluh kali mencuba, maka terhasillah resepi Kari Kepala Ikan, D’Warees Resepi yang telah menjadi kegilaan ramai ini.

Seawal jam 4.00 pagi setiap pagi, mereka akan ke pasar borong bagi mendapatkan bekalan ikan segar. Antara ikan yang menjadi pilihan ramai adalah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Harga setiap hidangan Kari Kepala Ikan ini bermula dari RM25 – RM100 mengikut jenis dan saiz ikan. Pernah juga harganya mencecah sehingga RM200 mengikut saiz permintaan daripada pelanggan. Rekod kepala ikan terbesar yang pernah D’Warees Resepi  sediakan adalah bersaiz 7KG.

Kari kepala ikan yang sedia di hidang kepada pengunjung

Setiap hari, D’Warees mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan. Pada waktu tengahari, gerai ini akan sibuk dan dipenuhi oleh orang ramai (golongan bekerja) dan hujung minggu (golongan bekeluarga). Satu keunikan di gerai ini apabila pelanggan saling berlawan untuk mendapatkan kepala ikan yang terbesar. Malah ada di antara mereka yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata mahu merasai keenakan Kari Kepala Ikan dari D’Warees Resepi. Antara menu lain yang dijual di gerai ini adalah Kari Kambing, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan sebagainya.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai D’Warees Resepi melalui Facebook Page: D’Warees Resepi. Lokasi gerai ini berada di Batu 3, Shah Alam, bersebelahan dengan Kilang Gula CSR dan Stesen Minyak Petron. Bakal pelanggan boleh mencari lokasi gerai ini dengan menggunakan aplikasi Waze & Google Maps: D’Warees Resepi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.