KEM PELAJAR BERIMPAK TINGGI SEBAGAI PERSEDIAAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

1011
0

 

KEM PELAJAR BERIMPAK TINGGI SEBAGAI PERSEDIAAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Pengenalan Program

Kem  yang dibangunkan secara kreatif dan interaktif ini adalah satu program yang direka khas untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Program yang dibangunkan MENGGUNAKAN Konsep 6C, Program ini  merupakan alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke arah kecemerlangan.

 

 

1. CRITICAL THINKING (Pemikiran kritis) adalah cara pemikiran – tentang subjek, kandungan, atau masalah – di mana pemikir meningkatkan kualiti pemikirannya dengan menganalisis, menilai, dan merekonstruksi dengan mahir. Pemikiran kritis adalah pemikiran sendiri, disiplin diri, pemantauan diri, dan pemikiran pembetulan diri. Ia menghasilkan standard kecemerlangan pemikiran, melibatkan komunikasi yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah, serta komitmen untuk mengatasi egosentrisme asal kita dan sosiosentrisme.

2. CREATIVE THINKING – Satu cara untuk melihat masalah atau situasi dari perspektif baru yang menghasilkan jalan penyelesaian (yang mungkin pada mulanya kelihatan mengganggu). Pemikiran kreatif dapat dirangsang oleh proses yang tidak tersusun seperti brainstorming, dan dengan proses berstruktur seperti pemikiran lateral.

3. COLLABORATION – Kerjasama penting dalam hampir semua aspek kehidupan dan pekerjaan, dalam pembelajaran juga tidak ketinggalan apabila kerjasama dapat membantu pelajar dalam memantapkan lagi kefahaman terhadap pembelajaran. Konsep belajar berkumpulan dapat membantu pelajar meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.

4. COMMUNICATION – Komunikasi adalah penyampaian sesuatu hasrat atau maklumat, komunikasi bekesan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran melalui perhubungan dengan guru, rakan-rakan dan sebagainya.

5. CHARACTER – Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Latihan demi latihan diterapkan dalam membina perwatakan pelajar yang menarik.

6. CITIZENSHIP – Merujuk kepada sikap patriotisme dalam diri iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti nasional. Memupuk nilai-nilai murni terhadap pelajar dapat melahirkan pelajar yang bersikap positif.

 

Methodologi Program

Program akan dijalankan menggunakan pelbagai kaedah bagi membantu keberkesanan pembelajaran.

  • Ceramah
  • Latihan dalam kumpulan
  • Simulasi permainan
  • Persembahan
  • Penulisan jurnal

Untuk keterangan lanjut hubungi 017-300 7878

 

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.