PENGIKLANAN: 12 Cara Bagaimana Untuk Mengiklan
Definisi Iklan
Pengiklanan adalah penyataan-penyataan atau mesej yang dibuat untuk menyampaikan maklumat mengenai produk dan/ atau perkhidmatan, iayanya bersifat mempengaruhi orang ramai atau golongan sasar untuk membeli/ melanggan produk atau perkhidmatan mereka.
Dalam perniagaan matlamat pengiklanan adalah untuk menarik pelanggan baru dengan menentukan sasaran pasaran dan mempengaruhi mereka dengan kempen iklan yang berkesan.
Sasaran Pasaran
Mewujudkan sasaran pasaran adalah langkah pertama yang paling kritikal dalam mana-mana kempen pengiklanan. Anda perlu tahu siapa golongan sasar dan kaedah atau saluran apa yang akan sampai kepada mereka. Sebagai contoh; anda hendak menjual produk kesihatan… golongan sasar adalah berumur di antara 45-50 tahun, jadi jika anda menggunakan medium Instagram, ini adalah tidak tepat kerana golongan sasar ini kurangg menggunakannya, medium yang lebih sesuai untuk golongan ini adalah Facebook jika dibandingkan dengan Instagram.
Menentukan sasaran pasaran perlu melibatkan pembinaan profil demografik pelanggan dengan mengambil kira kriteria seperti umur, jantina, status perkahwinan, gaya hidup, tabiat belanja, dan sebagainya.
Adalah penting untuk mengkaji dan mengetahui pesaing anda kerana anda mungkin perlu bersaing dengan harga dan/ atau perkhidmatan mereka.
Kaedah Pengiklanan
Terdapat banyak jenis pengiklanan yang biasanya digunakan oleh usahawan
1. Pemasaran dalam talian (online) – Pengiklanan laman web tempatan – Terdapat banyak portal di Malaysia menyediakan tapak pengiklanan dalam talian (online), contoh seperti m-niaga.com.my, mudah.my, majalah.com dan sebagainya.
2. Halaman web perniagaan – Membuat dan menyelenggara laman web profesional dengan penyataan-penyataan yang jelas mengenai tawaran perniagaan, profil syarikat, lokasi perniagaan dan sebagainya, dioptimumkan untuk carian trafik.
3. E-mel – Memerlukan senarai e-mel pelanggan dan mematuhi peraturan anti-spam. “Surat berita” e-mel boleh di guna untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada dan menyampaikan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan baru.
4. Facebook – Mengambil kesempatan daripada media sosial dengan membuat laman Facebook perniagaan dan menggunakannya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan secara berkesan. Perniagaan yang biasa untuk perniagaan seperti restoran yang menggunakan fan page Facebook untuk mempromosikan menu istimewa atau baru dan menerima maklum balas daripada pelanggan. Terdapat ramai juga orang perorangan seperti suri rumah, pelajar kolej/ university dan sebagainya mengunakan Facebook untuk memasarkan produk-produk seperti kek, produk kosmetik, produk kesihatan, pakaian dan lain-lain yang mendapat keuntungan yang tinggi menggunakan kaedah ini.
5. Instagram – Dengan mewujudkan ramai pengikut (follower) kaeadah ini antara trand terkini di Malaysia. Follower biasanya akan tertarik dan terpengaruh dengan posting-posting gambar yang menarik.
6. Pengiklanan akhbar – Kaedah yang kini kurang mendapat sambutan kerana penurunan jumlah pembaca di kebelakangan ini.
7. Yellow Pages – Kini penggunaan halaman yang dicetak juga merosot. Walau bagaimanapun, terdapat versi dalam talian.
8. TV dan Radio – Pengiklanan keadah ini antara kaedah yang amat berkesan, dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna tetapi kaedah ini agak menggunakan kos pelaburan yang agak tinggi.
KLIK DI SINI untuk tahu pakej-pakej iklan TV
9. Panggilan Sejuk (Cold calling) – Panggilan terhadap golongan sasar secara rambang. Para pemasar kebiasaannya telah dilatih dengan skrip-skrip tertentu, kefasihan dalam perbualan telefon ini boleh membawa kepada temujanji jualan.
10. Pengiklanan Kenderaan – Dengan menampal iklan di badan kenderaan menjadikan ianya sebagai “papan iklan mudah alih”. Kaeadah ini juga amat berkesan kerana mudah dilihat oleh orang ramai terutama di tengah-tengah kota besar dan boleh dilihat lebih sejuta kali sebulan.
11. Billbord – Terdapat banyak di tepi-tepi jalan utama/ lebuhraya dan kota-kota besar. Melibatkan kos dan sewaan yang agak tinggi namun kaedah ini juga antara cara pengiklanan yang berkesan.
12. Risalah – Kaedaha penghantaran maklumat kepada orang ramai, kebiasaanya dihantar ke rumah-rumah golongan sasar, ianya merupakan iklan setempat. Kebiasaanya pasaraya-pasaraya menggunakan kaedah ini untuk mempromosi jualan mereka. Terdapat juga perkhidmatan ejen pengiklanan seperti Media Focus, City Explorer dan sebagainya menawarkan ruang pengiklanan kepada syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan dan usahawan.
Adalah disarankan kepada pembaca untuk mendalami bab pengiklanan ini dengan menghadiri kursus-kursus pemasaran dan pengiklanan… terdapat banyak lagi tip-tip pengiklanan BERKESAN, IKLAN PERCUMA/ MURAH anda boleh ketahui dari kursus-kursus ini. Hubungi segera 017-300787
**************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd
TERBAIK