Home Education & Training APAKAH BUDAYA DALAM ORGANISASI?

APAKAH BUDAYA DALAM ORGANISASI?

1968
0

 

APAKAH BUDAYA DALAM ORGANISASI?

Oleh: Kamri Kamaruddin

Idea untuk melihat organisasi sebagai satu budaya bukanlah satu fenomena baru. Organisasi yang berbudaya memiliki satu sistem yang difahami bersama-sama ahlinya.
Negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Jerman budaya kerja yang sangat positif. Budaya kerja yang kukuh menyebabkan bangsa dan negara itu menjadi maju dan sangat dihormati.

DEFINISI
Mengikut pakar pengurusan, Vijay Sathe mengatakan bahawa budaya merupakan satu set kesefahaman utama yang dikongsi bersama oleh sesuatu masyarakat. Dilihat dari segi manifestasi, beliau menganggap bahawa budaya mengandungi perkara yang dikongsi seperti tutur kata dan perbuatan.
Berpandukan takrif budaya yang diberikan oleh Vijay Sathe itu, maka kesefahaman bersama yang dikongsi dan yang dihayati ialah kepercayaan, nilai dan norma.
• Kepercayaan merupakan tanggapan asas terhadap dunia dan perjalanannya. Ini meliputi kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada keharmonian rumahtangga, berpersatuan dan sebagainya.
• Nilai pula merupakan tanggapan asas terhadap dunia masyarakat dan perjalanannya. Bagaimanapun, nilai mempunyai maksud yang tersirat terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ertinya, nilai merupakan pilihan kea rah pencapaian matlamat akhir.
• Norma pula merupakan kelakuan yang diharapkan, tutur kata yang baik dan pembawaan diri yang luhur seperti menepati masa, berpakaian sopan, berdiplomasi dan rajin bekerja.

Sebenarnya banyak contoh yang menunjukkan keistimewaan budaya korporat. Di Negara Jepun terdapat budaya Samurai. Budaya Samurai ini menekankan beberapa kesefahaman bersama seperti kecekapan berperang, kesetiaan dan pengabdian diri kepada ketua, meminati seni halus dan kerja tangan, tidak takut mati dan membawa dua bilah pedang; panjang dan pendek.

Di Malaysia seperti PETRONAS mempunyai budaya perbadanan yang kini diamalkan oleh pekerjanya. Nilai-nilai yang dikongsi dan dibendung bersama oleh pekerja PETRONAS ialah:-
• Profesionalisme
• Proaktif
• Amanah
• Setiakawan dan
• Kesetiaan perbadanan.

Bagi PETRONAS nilai-nilai tersebut bertujuan membawa PETRONAS mencapai prestasi yang lebih tinggi dalam jangka panjang. Untuk mencapai hasrat ini, PETRONAS memberi penekanan terhadap terhadap kerjasama dan penyertaan seluruh peringkat pekerjanya.

Bagaimanapun, disamping itu, budaya korporat dipercayai boleh merangsang kepada penghapusan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tidak peka dan tidak amanah.

Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung budaya korporat tidak melindungi kakitangan yang bodoh sombong, bermuka-muka, membuat fitnah, lembab dan malas.

 

Olahan & Susunan: Kamri Kamaruddin

Perunding Latihan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.