Home Food & Beverages MINAT BERNIAGA INSPIRASI KEJAYAAN SEORANG USAHAWAN MAHASISWI

MINAT BERNIAGA INSPIRASI KEJAYAAN SEORANG USAHAWAN MAHASISWI

466
0

 

MINAT BERNIAGA INSPIRASI KEJAYAAN SEORANG USAHAWAN MAHASISWI

Oleh Aqilah Abdul Kudus

Noorazeaty memegang coklat ciptaanya yang terdiri daripada 2 jenis perisa iaitu dark chocolate dan almond

SERDANG – Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, itu adalah pepatah yang sering diingati oleh seorang usahawan muda yang merupakan seorang gadis yang tidak lokek dengan senyuman. Beliau adalah Noorazeaty Maulad Mohd Khalif, pelajar bachelor pembangunan manusia tahun ketiga.  Beliau merupakan founder kepada Delish Chocolate yang sering menjadi buah mulut di kalangan warga UPM disebabkan keenakkan coklat yang telah dicipta yang berkonsepkan “Less Sugar”.

Penghasilan produk Delish Chocolate yang diusahakan hampir dua tahun telah mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan dengan pendapatan bersih yang mampu diperolehi sebanyak empat hingga lima ribu sebulan. Kedudukan Delish Chocolate yang semakin stabil mampu membentuk sebuah perniagaan yang berkembang maju dengan memiliki 10 orang ejen dan seorang stokis di seluruh Malaysia. Selain itu, Delish Chocolate turut mempunyai pelanggan tetapnya sendiri di sekitar negeri Selangor.

Noorazeaty yang lebih mesra disapa sebagai Zety menceritakan kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan yang diceburi tidak pernah dijangka. Menurutnya, beliau hanya berniat untuk membantu rakan-rakannya memupuk semangat keusahawanan dalam diri mereka sewaktu beliau memegang jawatan sebagai MTM keusahawanan pada tahun 2016. Oleh itu, berbekalkan dengan wang simpanan sebanyak RM3000 sebagai modal permulaan beliau telah membuat perancangan dengan menjual coklat secara kecil-kecilan di dalam kampus bersama rakannya. Namun begitu, perniagaan coklat tersebut semakin hari semakin mendapat sambutan. Lantaran itu, beliau telah membuat keputusan ingin meneruskan penjualan coklat ini secara lebih serius.

Minat beliau dalam bidang perniagaan telah terserlah sewaktu berumur lapan tahun. Selain itu, sokongan kuat daripada ibu tercintat membuatkan beliau meneruskan minatnya walaupun perlu bersusah payah demi mencapai kejayaan yang diimpikan. Pelbagai cabaran yang telah beliau tempuhi terutamanya dari segi membahagikan masa untuk belajar dan mengusahakan produk keusahawanan. Namun begitu, keutamaan beliau sebagai seorang pelajar tidak pernah beliau abaikan disebabkan impian ibunya ingin melihat beliau berjaya hingga ke menara gading akan tetap ditunaikan.

Seterusnya, berbekalkan duit keuntungan hasil daripada penjualan coklat bersama rakan dan wang simpanan, beliau telah melaburkan wang sebanyak RM8000 untuk menghasilkan produk coklat berpandukan resepi ciptaannya yang bernama Delish Chocolate. Beliau sanggup mengambil risiko untuk mengeluarkan produknya yang pertama tanpa memikirkan keuntungan dan kerugian yang akan dialaminya di kemudian hari. Meskipun pernah mengalami kegagalan namun ianya tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit. Kini, beliau telah mempunyai tiga organisasi yang berperanan dalam tiga bidang iaitu bidang pembungkusan, penjualan, pengurusan dan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti produk sebelum ianya dipasarkan.

Produk Delish Chocolate turut mendapat bantuan daripada Centrel of Entrepreneurial Development & Graduate Marketability (CEM) dalam menempatkan produk Delish Chocolate di sekitar UPM. Selain itu, CEM turut membantu Zety dalam menimba ilmu dalam bidang keusahawanan dengan menghadiri beberapa seminar keusahawanan yang diadakan. Beliau turut mempunyai impian agar produknya mampu berdiri setanding jenama antarabangsa yang gah seperti Cadbury, Kitkat dan lain-lain.

Mahasiswi yang bercita-cita tinggi itu turut berpendapat, kejayaan yang diperolehinya kini bukan mudah kerana setiap kegagalan adalah sebagai titik permulaan sebuah perjalanan sebelum kita mencapai sesuatu impian. Justeru itu, anak muda yang membesar pada zaman yang serba moden kini perlulah bijak melakukan perubahan dalam hidup mereka kerana setiap kejayaan tidak akan datang bergolek. Beliau turut menyarankan supaya anak muda hendaklah berani mengambil risiko untuk mengubah masa hadapan mereka ke arah yang lebih cerah.

Noorazeaty Maulad Mohd Khalif bersama duta produk Delish Chocolate yang turut memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.