Home Food & Beverages Coklat Diet, Cik Noorazeaty Jana Pendapatan Memuaskan

Coklat Diet, Cik Noorazeaty Jana Pendapatan Memuaskan

507
0

 

Coklat Diet, Cik Noorazeaty Jana Pendapatan Memuaskan

Oleh Nurul Atikah binti Mohd Rosli

Noorazeaty bersama Delish Chocoloate ketika pemasaran produk beliau pada tahun 2016

SERDANG – Seorang mahasiswi yang kecil molek mempunyai semangat kental terhadap perniagaan semenjak kecil. Beliau yang dikenali sebagai JT atau nama penuh beliau Noorazeaty Maulad Mohd Khalif telah melakukan perniagaan ketika beliau berusia 8 tahun dengan membantu ibunya menjual ‘pad wanita’. Dengan berbekalkan hanya ‘pad wanita’ pelbagai warna dan fungsi, beliau mengambil semangat ketika kecil itu untuk memulakan perniagaan penjualan coklat pada tahun 2016.

Beliau merupakan anak ke 5 daripada 5  adik beradik telah memulakan perniagaan pada tahun 2016 dengan hanya berbekalkan RM3,000 sebagai wang pendahuluan. Pada permulaan perniagaan, keinginan beliau hanya untuk membantu kalangan rakan-rakan seperjuangan untuk cintakan akan keusahawanan, tetapi apabila beliau sudah aktif untuk membantu, beliau terfikir untuk meneruskan perniagaan ini kerana tidak mahu terhenti hanya separuh jalan. Kemudian, beliau mula mempelajari ilmu-ilmu perniagaan dengan menghadiri beberapa seminar sehingga beliau bertemu salah seorang  kilang pembuat coklat.

Delish Chocolate mempunyai pembungkusan yang cantik dan mudah dibawa kemana-mana meskipun keluar negara.

Seterusnya, ekoran daripada pertemuan tersebut, beliau telah membuat kajian untuk mendapatkan resepi coklat lain daripada lain. Bagi beliau, kegilaan coklat pada masa kini semakin meningkat dalam kalangan remaja namun begitu bahan yang digunakan dalam setiap coklat mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan dalam tahap kesihatan manusia. Oleh itu, beliau telah mencipta coklat yang berkonsepkan “Less Sugar” agar seiring dengan konsep negara yang ingin amalkan gaya hidup sihat dan seimbang.

Lantaran itu, beliau meneruskan niatnya untuk meneruskan perniagaan coklat dengan mencuba pelbagai jenis coklat di dalam Malaysia yang berbeza harga untuk membuat perbandingan coklat yang sedia ada dengan resepi yang akan dicipta. Kemudian, apabila beliau bercuti ke Indonesia, beliau telah mendapat idea untuk mencuba sejenis coklat RM10 (harga Malaysia) ketika di Indonesia. Keenakkan coklat yang telah dibelinya di Indonesia telah dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk mencipta resepinya sendiri.

Keinginan beliau yang ingin terus maju dalam bidang perniagaan telah mendorong beliau meneruskan niatnya dengan melaburkan duit sebanyak RM8,000 untuk menghasilkan produk pertama beliau. Produk pertama yang diberi nama sebagai Delish Chocolate dapat membuktikan bahawa produk coklat tersebut lebih sedap dan berkualiti berbanding coklat lain yang terdapat di pasaran.

Pelbagai cabaran yang telah beliau tempuhi terutama dari segi membahagikan masa belajar dan menjadi usahawan. Kesibukan beliau dalam menguruskan produknya kadangkala terpaksa mencuri masa belajarnya demi memenuhi kehendak pelanggan yang perlu dituruti. Selain itu, persaingan dalam bidang perniagaan amat memeritkan bagi beliau kerana pada ketika ini produk coklat kian berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Walau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan, tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan coklat ini kerana ia menganggap setiap ujian hanyalah perkara biasa dalam setiap perniagaan.

Setiap manusia mempunyai impian. Seperti itu juga bagi Noorazeaty Maulad Mohd Khalif kerana impian beliau adalah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan meningkatkan jenama produk Delish Chocolate setanding dengan produk coklat yang berada di pasaran seperti Cadbury, KitKat, Beryl’s dan jenama-jenama yang lain. Beliau juga turut mempunyai impian untuk mengembang dan memasarkan produk beliau ke peringkat antarabangsa.

Menjadikan ibu beliau sebagai seorang idola, beliau berkata ‘untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita seharusnya mengambil risiko dan bermula dari bawah. Tidak bermakna jika kita jatuh, kita tidak boleh bangkit, malah menjadikan kesusahan itu sebagai pemangkin untuk meneruskan perniagaan’. Tambah beliau lagi, perniagaan coklat ini hanyalah sebagai permulaan dan berharap beliau dapat menjadi seorang ikon usahawan kepada generasi yang akan datang.

Untuk merasai dan mencuba coklat Delish Chocolate ini , bolehlah membeli dengan cara ikuti mereka dalam laman sosial Instagram @delishchocolate.official atau di Facebook delish chocolate. Rasailah kehebatan coklat sebenar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.