Home Food & Beverages DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API FOKUS UTAMA… MAJUKAN PERNIAGAAN

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API FOKUS UTAMA… MAJUKAN PERNIAGAAN

972
0
Pengusaha Raja Salai Power, Zahry Fakhrim Ramly

 

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API FOKUS UTAMA… MAJUKAN PERNIAGAAN

oleh NURFARINA BINTI ABDUL RAUF

SERDANG – Setiap insan bergelar usahawan pasti impikan sebuah kejayaan hasil dari titik peluh walaupun kadang kala ada saatnya jatuh tersadai. Tetapi tidak dilupa adat dalam perniagaan sudah tentu tercatat dimana seseorang itu akan melalui perkara yang sama pernah jatuh berkali-kali tetapi tidak mudah menyerah begitu sahaja, malahan akan mencari inisiatif lain untuk mengenal pasti kesilapan yang dilakukan supaya ianya tidak berulang kembali.

Beliau merupakan rakan kongsi kepada pengasas ‘Raja Salai Power’ Zul Mohamad merupakan seorang pelajar UPM sedang mengambil Master. Pengusaha Raja Salai Power Encik Zahry Fakhrim bin Ramly, 38 tahun, sebelum ini pernah menjadi Operator dalam UPM, kini beliau kembali semula untuk mengusahakan Raja Salai Power disamping membantu rakan kongsi beliau iaitu Zul Muhammad untuk menjalankan perniagaan bersama. Menurut Encik Zahry, gerai ini ditubuhkan pada hujung bulan 10 tahun 2017, menurut beliau juga pengasas Zul Mohamad telah meminta bantuan kepada Central of Entrepreneurial Development & Graduate Marketability (CEM) untuk menyewa tapak berniaga dalam Kompleks Akademik A, UPM.

Raja Salai Power kini semakin membawa nama kerana kelazatan menu daging salai masak lemak,  ianya amat digemari oleh para pelajar di situ. Raja Salai Power juga adalah pilihan nama paling sesuai untuk perniagaan mereka kerana jualan mereka hanya mengutamakan daging Salai masak lemak cili api sahaja. Menurut Encik Zahry kedai ini akan beroperasi pada pukul 10 pagi hingga 4 petang. Encik Zahry serba sedikit turut memberitahu perancangan terbaik mereka sebelum memulakan perniagaan salai, “pada mula perancangan berniaga, kami bercadang untuk membuat pelbagai jenis masakan untuk dijadikan pelbagai aneka pilihan tetapi setelah difikir semula, dimana saya pernah mengikuti Kursus Dr. Azizan Osman “General Income from Zero”kalau boleh dalam permulaan kita kena fokus dalam satu benda dahulu kemudian usaha dan buat sampai jadi” katanya.

Menu utama Daging, Ayam, Itik dan Ikan keli salai masak lemak cili api
Tempahan dan penghantaran turut disediakan

Raja Salai Power menyediakan empat menu yang berlainan, antaranya salai daging, ayam, itik dan ikan keli. Menurut Encik Zahry, harga menu yang ditetapkan ialah RM7 dan akan mendapat air secara percuma. Seperti sedia maklum mereka juga turut mempromosikan jualan ini melalui online iaitu Whatsaap dan Facebook. Jualan ini juga turut menyediakan tempahan dan penghantaran.

Keuntungan perniagaan dalam sehari mencecah tiga ke empat ratus ringgit. Raja Salai Power mempunyai 3 orang pekerja termasuk pengasas. Menurut Encik Zahry, mereka juga turut menerima pelajar yang inginkan bekerja secara sambilan mengikut jadual waktu pelajar tersebut.

Menurut Pengusaha Raja Salai Power, bekalan daging dibeli secara borong di pasar yang berdekatan. Kemudian, semua daging tersebut akan disalai terlebih dahulu sebelum dibawa ke UPM untuk dimasak. Menurut beliau, peluang yang dinantikan adalah sasaran pelanggan iaitu para pelajar dan pekerja UPM akan membeli menu yang disediakan. Encik Zahry berkata, “harga dan resepi masakan sangat diambil kira kerana kepuasan pelanggan bagi kami adalah amat penting, tidak dilupa juga tarikan pelanggan merupakan salah satu sumber rezeki kami dalam perniagaan yang masi baru ini” Katanya.

Menurut beliau, usahawan ini merupakan orang yang sanggup terima kesusahan walaupun berniaga tetapi untung dapat sikit, dan tetapi akan terus berusaha melangkah dan membuat perancangan untuk seterusnya. Encik Zahry berkata, “dalam perniagaan untung dan rugi itu sudah pasti tetapi bagi saya itu semua adalah pusingan kita dalam berniaga, kalau jatuh pun bertahan, ada duit lebih simpan guna untuk masa kita jatuh nanti” kata beliau ketika sesi temu bual.

Untuk sebarang tempahan dan penghantaran sila ikuti mereka dalam laman sosial Facebook iaitu ‘Raja Salai Power’ dan sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 011-1752 4403 untuk membuat tempahan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.