Home Inspirasi Niaga Dari Gerai Burger kepada Kafe

Dari Gerai Burger kepada Kafe

611
0
Lokasi Chillax Sentral yang terletak di perkarangan Kolej Pendeta Zaa’ba, UPM

 

Dari Gerai Burger kepada Kafe

Byline: Alia Izzati

SERDANG: Bekas mahasiswa jurusan Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan), Luqmanul Hakim, 25 mampu meraih pendapatan yang cukup selesa setiap bulan dengan hanya bermodalkan RM1000 untuk meneruskan perniagaan 3 tahun yang lalu.

Kata Luqman, beliau memang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri sejak kecil dan mengambil langkah ini untuk menimba ilmu perniagaan sikit demi sedikit.

Anak kelahiran Perak berkata, pada mulanya beliau hanya meneruskan tradisi dengan mengambil alih gerai burger yang diberikan oleh senior kolej di sekitar Kolej Pendeta Zaa’ba, Universiti Putra Malaysia.

Dalam usaha mengembangkan perniagaan burger yang diberikan, beliau telah mengubah suai dan menukar nama gerai tersebut kepada Chillax Sentral. Tambahnya, menu juga divariasikan daripada hanya jualan burger kepada wafel, air buah-buahan, air kopi, dan ice blended.

Luqman (kanan) menunjukkan menu burger

“Tujuan utama saya meneruskan perniagaan restoran ini adalah untuk menyediakan sajian mampu milik terutamanya kepada pelajar universiti selain daripada menjana pendapatan ketika sedang belajar 3 tahun yang lepas

“Di samping pelajar-pelajar menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan, mereka juga dapat meluangkan masa bermain dengan permainan papan seperti catur, dam, jenga, dan uno,” tambahnya lagi.

Mengakui tidak mudah, terutamanya ketika sedang menuntut ilmu dan menguruskan perniagaan pada waktu yang sama, Luqman percaya usahanya itu dapat memberikan beliau pengalaman dan pengajaran yang berharga di dalam dunia keusahawanan sebelum melangkah ke alam pekerjaan selepas bergraduat.

Namun dalam senang ada susah, Luqman bercerita mengenai detik sukar dalam mengusahakan perniagaan, Luqman berkata mempunyai gerai berkonsepkan ‘outdoor’ merupakan satu cabaran kerana pernah suatu ketika, segala peralatannya seperti payung, khemah, dan peti ais rosak akibat hujan lebat.

Selepas setahun mengubah suai gerai burger kepada kafe yang raih reaksi positif pengunjung, terdapat beberapa gerai jualan lain yang diusahakan oleh pelajar-pelajar mula berniaga di perkarangan tersebut. Beliau berasa amat berbangga melihat anak-anak muda lain dan menganggap sebagai persaingan sihat dalam perniagaan.

Ditanya nasihat yang ingin diberikan kepada pelajar-pelajar yang baru hendak memulakan perniagaan, Luqman dengan rendah diri berkata, setiap anak muda haruslah bijak membahagikan masa dan merebut segala peluang yang tersedia di depan mata.

“Harapan saya untuk mempunyai restoran francais berdaftar milik sendiri di masa akan datang,” ujarnya.

Chillax Sentral beroperasi bermula jam 8:30pm sehingga 12:00am setiap hari kecuali hari Sabtu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.