Home Economy BizGrant SSM sedia RM1 juta untuk usahawan Sarawak mulakan perniagaan

BizGrant SSM sedia RM1 juta untuk usahawan Sarawak mulakan perniagaan

377
1

 

BizGrant SSM sedia RM1 juta untuk usahawan Sarawak mulakan perniagaan

KUCHING, 31 Mac (Bernama) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan peruntukan RM1 juta dalam bentuk geran bantuan di bawah program BizGrant SSM khusus untuk usahawan di Sarawak memulakan perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Karnival Usahawan Rangkaian Dalam Talian (One) di sini berkata ia merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk membantu Sarawak.

Sementara itu SSM, dalam kenyataan berkata, usahawan terpilih akan menerima bantuan berbentuk peralatan bernilai RM3,000 setiap seorang untuk memulakan perniagaan.

Usahawan yang ingin memohon BizGrant hanya perlu melalui proses temuduga bagi memastikan mereka tergolong dalam kalangan usahawan yang benar-benar layak, kata SSM.

“SSM akan kembali ke Sarawak dalam waktu terdekat untuk melaksanakan Karnival BizFair bagi tujuan mengagihkan peruntukan di bawah BizGrant ini kepada usahawan Sarawak,” menurut kenyataan tersebut yang diedar kepada media semasa majlis itu di sini, hari ini….. untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum. Selamat Pagi. Saya Zairul Bin Kadir. Ingin memohon mendapatkan Kembali sijil sah atau dikenali sabagai maklumat lengkap Syarikat/Enterprise Etc. Jika dapat membantu boleh call saya di talian 017-7202473

Leave a Reply to Zairul Bin Kadir Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.