Home Uncategorized MBNF 2018 beri nafas baharu kepada industri sarang burung Malaysia

MBNF 2018 beri nafas baharu kepada industri sarang burung Malaysia

163
0

 

MBNF 2018 beri nafas baharu kepada industri sarang burung Malaysia

NANNING (China), 31 Mac (Bernama) — Festival Sarang Burung Malaysia (MBNF) 2018 yang sedang berlangsung di sini dilihat akan memberi nafas baharu kepada industri sarang burung walet Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata acara itu merupakan platform untuk Malaysia mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna di China mengenai kepelbagaian produk sarang burung boleh makan dari Malaysia.

“Kita juga berharap dapat meningkatkan keyakinan pengguna China yang diperolehi selama ini terhadap produk sarang burung kita. Saya mengalu-alukan kehadiran semua peserta ke acara tiga hari ini dan semoga berjaya kepada semua yang terlibat,” katanya.

Ahmad Shabery, yang tidak dapat menyertai acara itu susulan komitmen lebih awal di Malaysia, berkata demikian dalam ucapan menerusi video semasa majls perasmian MBNF 2018 di sini, pada Sabtu.

Naib Gabenor Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang, Huang Weijing dan Duta Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya hadir di majlis itu….. untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.