Home Inspirasi Niaga Bermujahadah di Uptown Jalan Reko demi kewajipan mencari nafkah

Bermujahadah di Uptown Jalan Reko demi kewajipan mencari nafkah

2491
2

 

Bermujahadah di Uptown Jalan Reko demi kewajipan mencari nafkah…

Begitu besar rezeki Allah di muka bumi ini, di mana-mana sahaja Allah meletakkan rezeki-rezeki untuk dikecapi oleh hamba-hamba ciptaanNya.

Kemeriahan malam minggu di Up-Town Reko punca sumber pendapatan kepada para peniaga.

Waktu yang bergerak menuju larut malam, kali ini penulis memilih untuk mendekati dan meninjau aktiviti perniagaan di khemah-khemah pasar Uptown Jalan Reko, Kajang. Pelbagai barangan keperluan dan makanan ada dijual di sini, boleh dikatakan nak apa saja ada.

Uptown Reko menyediakan ruang bagi memudahkan pengunjung menikmati makanan yang dibeli di gerai-gerai di situ.
Pengunjung sedang memilih mainan untuk anaknya, pendek kata semua barang ada dari keperluan dewasa mahupun kanak-kanak.

Uptown Jalan Reko yang kini menjangkau usia 8 tahun, menyediakan lebih 500 tapak niaga dengan kadar sewaan bulanan di antara RM500 ke RM600. Kadar sewaan yang berpatutan ini menjadikan Uptown Reko menjadi pilihan peniaga-peniaga untuk menjalankan aktiviti jualan mereka. Beroperasi enam hari seminggu dan akan ditutup pada setiap hari Isnin. Kini Uptown Reko merupakan antara pasar malam terbesar di Malaysia.

Fandy Penjual Jam

Nama sebenar Effandy Husin (33) merupakan antara peniaga di Uptown Reko sejak tahun 2010 lagi menjadikan perniagaan jamnya sebagai kerjaya beliau. Berpengalaman berniaga sejak tahun 2007 dengan menjual bundle, beliau menukar jenis barang jualannya kepada jam tangan pada 2010 iaitu apabila mula menyewa tapak niaga di Uptown Reko kerana kurangnya saingan perniagaan jam.

Fandi sedang meneliti jam-jam tangan yang sudah dibaiki.

Memberi tumpuan kepada kerjaya perniagaan, Fandy berniaga enam hari seminggu di Uptown Reko dan bercuti pada hari Isnin. Beliau sesekali akan membuka perniagaannya di “pasar karat” Petaling Street, bagi beliau masa yang terluang tidak akan di bazirkan.

Gerai jualan Fandy tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Dengan mempunyai seorang pembantu, Fandy menjual pelbagai jenis jam dari harga serendah RM10 hingga setinggi RM350. Selain menjual jam, Fandy juga memberi perkhidmatan membaiki jam tangan. “Saya baiki jam-jam pelanggan yang mengalami kerosakan walaupun sesetengah jam tersebut bukan dibeli dari saya, dari itu saya dapat mengekalkan dan menarik pelanggan-pelanggan baharu” ujar Fandy. Jualan purata jam tangan Fandy di antara 10 ke 20 utas dalam tempoh sehari beroperasi.

Bagi Fandy penat bukanlah penghalang untuk beliau menjana pendapatan dan berkerjaya di pasar Uptown, “ini adalah tanggungjawab saya dalam menunaikan kewajiban mencari nafkah keluarga.” “Hasil dari jualan pasar Uptown ini saya dapat menyara seorang isteri dan tiga orang anak, Alhamdulillah.” kata Fandy sambal tersenyum.

“Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya, itu yang menyebabkan saya berusaha bersungguh-sungguh dalam meraih pendapatan yang memuaskan.” Menurut Fandy cabaran utama dalam berniaga di Uptown adalah ketika waktu hujan kerana kadang-kala gerainya terpaksa ditutup dan kurangnya orang mengunjungi pasar juga menjadikan jualanya “sejuk”.

Yeop Menjadikan Uptown Reko sebagai pusat jualan kek buatan isterinya…

Yeop atau nama sebenarnya Raja Mohd Saleh menjadikan tapak jualan Uptown Reko sebagai pusat pengaruh dan jualan kek. Hasilnya bukan setakat pengunjung Uptown Reko membeli secara runcit, malah ramai juga pelanggannya membuat tempahan kek untuk majlis-majlis seperti sambutan harijadi, perkahwinan dan majlis-majlis rasmi.

Yeop memberi layanan baik menyebabkan pelanggan beliau selesa dan membuat pembelian semula.

Antara kek yang mendapat sambutan ramai adalah seperti Kek Chocolate Indulgence dan Kek Tiramisu, manakala harga kek adalah bergantung kepada reka bentuk, berat dan jenis-jenis kek. Kek buatan sendiri (di rumah) oleh isteri beliau mempunyai kualiti dan rasa yang sedap menyebabkan beliau mempunyai pelanggan tetap.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan kek, boleh menghubungi Yeop di talian 012-6192862 / 017-3486474.

Pomade Boy membuat kelainan di Uptown Reko

Kebiasaannya kita akan jumpa lori-lori kecil yang telah direka khas (food truck) menjual makanan dan minuman tetapi lain pula di Uptown Reko. “Barber Truck” membuat kelainan dengan menjadikan lori 5 tan sebagai kedai gunting bergerak.

Raimi (36) berpengalamn lebih 10 tahun dalam perkhidmatan gunting rambut, bermula dari hobi kini berkerjaya.

Memberi perkhidmatan gunting rambut dan menjual pomade, “Barber Truck” menjadi satu tarikan unik di Uptown Reko.

Lori 5 tan dijadikan kedai gunting rambut

Waktu Operasi Uptown membolehkan Lokman Husin berniaga secari sambilan.

Lokman menunjukkan Baju-T jualanya

Lokman Husin yang berniaga secara separuh masa memilih untuk berniaga di Uptown Reko kerana waktu operasi 9 malah hingga 2 pagi. “sebelah pagi saya berkerja, manakala waktu malam pula saya berniaga di sini. Kerana minat, saya korbankan waktu malam saya dengan usaha yang boleh mendatangkan pendapatan.”

Oleh: Baharim Sukari

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.