Home Clothing & Fashion Acc. “Technician” kilang kini bergelar usahawan berjaya

“Technician” kilang kini bergelar usahawan berjaya

1012
0

Oleh: Badriatul Syafinaz Bahrudin & Che Norzira Che Jid

Siapa sangka permulaan perniagaan kecil-kecilan di zaman persekolahan mampu menyuntik minat pemilik “D’KHAIR” Abu Khair Yahya, 46 tahun untuk membuka kedai pakaian.

Abu Khair mengayakan baju melayu keluaran D’khair 

Pengalaman bekerja sebagai technician di sebuah syarikat swasta cukup memberi semangat kepada pemilik kedai tersebut bagi mengubah nasib diri daripada gelombang kesusahan hidup. Beliau juga pernah menjual wafer dan mee segera dia asrama semasa berada di tahun pengajian di Universiti. Ia merupakan kenangan pahit manis dalam menempuh kehidupan sebelum mengecapi kejayaan dalam perniagaanya sekarang.

Kini, beliau mempunyai empat outlet kedai miliknya sendiri dan akan membuka tiga buah lagi kedai menjelang bulan Ramadhan di Bangi dan Kajang. Tambah beliau lagi, seramai 20 orang pekerja baru diperlukan sebagai tenaga kerja untuk menjayakan penjualan tersebut.

Menurut beliau, cabaran utama adalah dalam membentuk kakitangan untuk mengaplikasikan buadaya kerja yang mesra pelanggan dan kreatif dalam melakukan penjualan serta pandai untuk memikat dan menarik minat pelanggan. Namun perkara tersebut adalah sudah menjadi baja kepada pertumbuhan semangat beliau untuk lebih berusaha maju kehadapan dengan menyediakan peluang kerjaya kepada anak-anak muda.

Di soal mengenai perancangan perniagaan akan datang, beliau berkata “ sebagai penjual saya akan memastikan produk sentiasa cukup dan berkualiti untuk dipasarkan kepada pelanggan agar mereka berpuas hati dengan kualitinya”. Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba, beliau telah menambah satu tapak di PKNS dan dua tapak di ruang legar Bangi Gateway.

Info perniagaan D’khair di http://d-khair.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.