Home Inspirasi Niaga Cipta RM50K Melalui “Servis Student Cab” di UPM

Cipta RM50K Melalui “Servis Student Cab” di UPM

746
0

UPM- Zakaria Zarkasi pelajar Bachelor Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (major Multimedia), memberitahu biarpun pekerjaan ini dijalankan hanya sekadar sambilan, namun ianya cukup mengujakan kerana berjaya meraih pendapatan yang agak lumayan bagi dirinya yang hanya memegang gelaran sebagai seorang mahasiswa.

‘’Alhamdulillah, setelah menceburkan diri dalam servis ini selama setahun setengah, saya berjaya melonjakkan simpanan mencecah RM50K dan merancang untuk menjalankan perniagaan servis perkhidmatan komputer iaitu Techouz Resources. Target saya adalah untuk membantu pelajar lain menambahbaik nilai pada diri sendiri mereka.’’

Tambahnya, dengan memiliki kenderaan sendiri di kampus amat memudahkan pergerakan seharian beliau untuk mengikuti kuliah pada setiap hari. Idea untuk menyediakan servis ini adalah untuk membantu para pelajar UPM yang ingin keluar, tetapi tiada pengangkutan dan menjamin keselamatan para pelajar.

‘’Secara permulaannya, idea untuk buat servis ini tercetus semasa saya berada pada semester kedua. Saya buat kerana niat ingin membantu pelajar yang ingin keluar dan risau akan keselamatan mereka.’’ Ujar Zakaria.

Tambahnya lagi, apabila pelajar memilih perkhidmatan teksi, mereka berisiko untuk menaiki kenderaan bersama dengan orang yang tidak dikenali. Selain aspek keselamatan, caj bayaran turut dikenakan dengan harga yang berlipatganda bagi pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

‘’Seminggu paling lemah saya boleh dapat sehingga RM500, bila kita buat betul-betul, jumlah itu boleh mencecah hampir RM1,000. Untuk menjana lebih pendapatan, kita juga perlu fokus, rajin dan pandai membahagikan masa.’’

Kongsinya lagi, beliau menjalankan perkhidmatan ini meliputi kawasan sekitar KTM Serdang, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), The Mines, IOI Putrajaya, Kajang dan KLIA.

Beliau memberitahu terdapat juga para pelajar lain yang turut melakukan servis yang sama dan mereka dikumpulkan dalam Fb dan Whatsapp group iaitu UPM Cabers. Seramai 50 orang cabers yang aktif dan saling membantu antara satu sama lain supaya pelanggan dapat menikmati servis penghantaran ini.

‘’Pemandu student cab adalah berdasarkan jantina pelanggan. Sekiranya pelanggan tersebut perempuan, kami akan pass kepada Cabers perempuan. Tetapi, tidak ramai student cab perempuan yang ada. Kadang-kadang terpaksa student cab lelaki yang hantar. Setakat ini tiada rekod buruk, kami menjaga kualiti, menjaga nama baik UPM Cabers dan menjaga nama sebagai seorang pelajar.’’katanya.

Zakaria berkongsi mengenai pengalaman manis sewaktu menjalankan perkhidmatan ini ketika beliau berpeluang menghulurkan tangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

‘’Pernah juga saya dapat panggilan daripada seorang student meminta untuk mengambilnya di KLIA pada pukul12 malam. Bagi student biasa, waktu tersebut adalah untuk tidur. Tetapi, bila kita letak rasa simpati memikirkan pelanggan yang juga dari institusi yang sama dan ada kelas keesokan hari, biarpun nampak membebankan, tetapi saya gembira dapat membantu pelajar tersebut dan ia sememangnya beri keseronokan kepada diri sendiri.’’Ujarnya.

Oleh: Ika Yaacob

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.