Home Farming & Agriculture Pengusaha pertama jambu Unda

Pengusaha pertama jambu Unda

843
0

SITI NURHANANI BINTI SAMSIR /180990

Jambu Unda merupakan pokok jambu yang dihasilkan menerusi kacukan jenis Lohan dan GU8  mampu menghasilkan buah sepanjang tahun selepas matang. Rasanya manis dan saiz buah yang besar menjadikan jambu batu jenis ‘Unda’ mendapat permintaan tinggi. Dengan kelebihan yang tersendiri, jambu unda mampu  menambat hati setiap penggemar buah-buahan tempatan, kata mereka, “Sekali cuba, pasti nak lagi !”.

Menurut Che Soh Haron, 48,  dia menanam jambu batu jenis Unda sejak lebih enam tahun lalu membabitkan dua kawasan di Kampung Bukit Serdang dan Kampung Sepayang, Rompin. Tanaman jambu jenis Unda ini mampu memberi pulangan menguntungkan jika diusahakan bersungguh-sungguh serta mengikut jadual kerja membabitkan aktiviti membaja, memangkas dan meracun.

“Pokok jambu mengeluarkan buah sepanjang tahun. Setiap pokok berbuah antara 100 hingga 200 biji setahun tetapi 10 hingga 15 peratus akan rosak,” katanya yang menjadi individu pertama mengusahakan tanaman jambu batu jenis Unda di negara ini.

Sedikit maklumat mengenai Jambu Unda:

  • Jambu batu dikategorikan sebagai pokok manja yang memerlukan perhatian lebih serta mudah diserang penyakit dan serangga jika pengawalan tidak dilakukan dengan sempurna.
  • Pokok jambu batu akan mengeluarkan hasil apabila mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun bergantung kepada penjagaan, kesuburan dan kadar kelembapan tanah.
  • Kemuncak pengeluaran buah ketika pokok berusia lapan tahun.Che Soh menunjukkan buah jambu Unda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.