Home Inspirasi Niaga Perniagaan keluarga harus dipertahankan

Perniagaan keluarga harus dipertahankan

379
0

Oleh: Cheng Yi Wen

Orang muda pada masa kini terutamanya Generasi Y lebih menggemari untuk terjebak dalam aktiviti yang baru seperti aktiviti perniagaan secara atas talian dan juga perniagaan menggunakan trak (food truck) bagi mengejar trend dunia yang berubah dari semasa ke semasa.

Namun, Syed Ahmad Bohari, 28, dari Cheras pula memilih untuk meneruskan perniagaan rojak dan cendol keluarganya yang diwarisi secara turun-temurun sejak generasi arwah datuknya sehinggalah hari ini.

Bagi mereka yang sering mengunjungi Pasar Pudu, sudah tentu akan nampak sebuah gerai rojak yang bertempat di sana sejak berpuluh-puluh tahun yang lepas. Walaupun tempat tetap sama, tetapi gerai ini telah diwarisi oleh generasi yang ketiga. Sebab inilah yang mendatangkan banyak pelanggan tetap .

“Jika mendapat tempahan, saya akan buat catering juga,” katanya.

Dia mula mengikuti bapanya untuk belajar membuat kuih dan rojak semasa umurnya sepuluh tahun. Walaupun sambil belajar sambil membantu bapanya pada masa itu, dia tidak pernah berputus asa.

“Memang saya minat tugas ini”.

“Perniagaan ini sudah diwujudkan oleh atuk saya, sekarang sudah sampai ke bapa saya, saya tidak mahu perniagaan ini hilang macam itu sahaja. Oleh itu, saya pun mengambil alih macam itu sahaja,” katanya ketika ditanya sebab mengikuti jejak langkah bapanya.

Bagi mempertahankan perniagaan keluarga ini dan menjimatkan kos upah, hanya pak ciknya yang membantu dia untuk berniaga. Sejak dia mengambil alih gerai ini, dia tidak pernah menempuhi apa-apa masalah. Hal ini kerana dia seorang sahaja yang mengendalikan segala-galanya daripada proses pembuatan sehinggalah penjualan makanan tanpa bergantung kepada orang lain.

Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepadanya merupakan dorongan yang terbesar baginya untuk terus mewarisi dan mempertahankan perniagaan keluarganya ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.