Home Inspirasi Niaga JaniMaru Dimsum & rasa lima bintang

JaniMaru Dimsum & rasa lima bintang

2555
0

OLEH SITI NUR ZURAIKHA/184282

Kota Bharu- Usahawan muda berjaya, JaniMaru Dimsum mencipta “street dimsum’’ dengan harga tepi jalan tetapi rasa lima bintang. Beliau berjaya meletakkan dimsum ciptaannya sebagai dimsum no.1 di negeri ini. JaniMaru yang berasal daripada keluarga Cina Muslim mengolah sendiri resepi dimsum milik keluarganya sehingga diterima orang ramai. Bermula tahun 2015 dengan modal kecil, beliau berusaha mendapatkan bahan mentah, gerai kecil di Tomato Klasik, KB dan juga mangkuk buluh sebagai kelainan dalam menghidangkan dimsum kepada pelanggan. Hasratnya ingin mengetengahkan dimsum sebagai makanan tradisi kaum Cina  dan tidak sama dengan sushi. Beliau merebut peluang menghasilkan dimsum memandangkan sukar mendapatkan restoran dimsum halal di Kelantan.

Sebanyak 18 jenis dimsum dihasilkan iaitu Chicken Siewmai, Yaki Noki, Fried Prawn, Crab, Salt Egg, Prawn Dumpling , Soya Fish Roll dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan tidak melebihi RM4 untuk satu set dan waktu operasinya bermula sekitar 8-12mlm. Genap setahun meniaga, JaniMaru Dimsum aktif menambahkan agen-agen seluruh Kelantan termasuklah Ridel Hotel, KB dan berjaya memiliki tiga stokis JaniMaru Dimsum (Kelantan, Muar dan Kuantan). Bermula mempromosi dimsum melalui akaun FB miliknya, share di group IRDK Kelantan dan membuat FB ads, kini JaniMaru Dimsum menjadi pembekal dimsum terbesar seluruh Malaysia. Says.com dan Malaysia Food Channel menyenaraikan JaniMaru Dimsum sebagai salah satu dimsum terbaik Malaysia. Untuk tahun 2017, JaniMaru dimsum mengeluarkan menu baru iaitu Pau Cendawan Juicy, Yummy Fried Dimsum dan Steam Chicken Feet.

FB page: Janimaru Dimsum

Lokasi: Tomato Klasik, depan Bank Islam Pasir Tumbuh, KB

Ig: @JMdimsum : 014-809 9903

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.