Home Inspirasi Niaga Dulu pembeli kini peniaga berjaya

Dulu pembeli kini peniaga berjaya

232
0

Oleh: Mohamad Hazrul Faiz bin Ahmad Sobri (174191)

BERASAL jauh dari bandar bukanlah penghalang gadis ini, Suziana Binti Muda, 25, untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan. Anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan atas talian secara sambilan sejak pertengahan tahun 2016. Ketika itu niat untuk menceburi bidang perniagaan hanyalah untuk mendapat pendapatan sampingan serta membantu keluarga.

Menceritakan detik permulaan pembabitan beliau dalam bidang perniagaan, beliau membeli Lipstic dari Korea melalui seorang rakan yang menetap di sana. Oleh kerana kualitinya yang bagus serta sesuai dengan pelbagai jenis kulit maka beliau membeli dalam jumlah yang banyak dengan niat untuk memperkenalkan kepada keluarga dan rakan terdekat.  Ternyata sambutan sangat mengejutkan yang mendorong beliau untuk terus menjual produk ini, Bbia Lipstic, secara atas talian.

Menurut beliau, dari sehari ke sehari, “saya berasakan satu kepuasan dan mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara talian ini secara serius. Bermula dengan modal yang sedikit kini beliau menikmati pulangan yang berganda setiap bulan. Beliau berkata, promosi dan pemasaran dilakukan secara atas talian sepenuhnya.  Selain menggunakan perkhidmatan pos laju, beliau juga menawarkan pengahantaran dari suatu tempat ke tempat yang berdekatan.

Perniagaan secara atas talian ini sangat menguntungkan kerana tidak perlu menyewa kedai dan mengupah pekerja. Segala urusan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Malah, oleh kerana permintaan produk yang semakin tinggi beliau membuka peluang kepada orang luar untuk menjadi agen pengedar yang sah. Kini beliau sudah memiliki beberapa agen di seluruh Malaysia.

“Walaupun masih muda dalam peniagaan, saya berpuas hati dengan apa yang saya usahakan sekarang dan saya merancang untuk menghasilkan produk sendiri suatu hari nanti. Malah sekarang, saya banyak menghadiri kelas-kelas perniagaan untuk menambah ilmu dalam bidang ini.

“Melalui perniagaan ini saya telah banyak mencungkil potensi sebenar diri saya, terutamanya dari segi sikap dan emosi. Selain itu, bidang ini juga membuatkan saya lebih berfikiran positif, berani dan sabar dalam menguruskan perniagaan dan kehidupan harian,” kata beliau ketika ditemu ramah, baru-baru ini.

Beliau menggalakan orang ramai, terutamanya generasi muda untuk mencuba bidang perniagaan secara kecil-kecilan daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Nasihatnya lagi, untuk berjaya dalam bidang perniagaan seseorang itu mestilah berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa. Persaingan yang sengit membantu seseorang itu untuk lebih berusaha keras memajukan sesuatu perniagaan yang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.