Home Inspirasi Niaga Bisnes makanan ringan di tepi tangga kolej menjadi pendapatan sampingan pelajar universiti.

Bisnes makanan ringan di tepi tangga kolej menjadi pendapatan sampingan pelajar universiti.

1057
0

Oleh: EMBREN BATRISYIA BINTI ZAINOURUDIN (184508)

Perniagaan merupakan satu bidang yang semakin diminati ramai, lebih lebih lagi dikalangan golongan muda kerana pada zaman kini, terdapat pelabagai platform bagi semua peringkat umur untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan. Antara platform yang paling efektif untuk mencapai pelanggan adalah seperti di laman web dan media sosial, misalnya Facebook, Fashion Valet, Mudah.my, dan Instagram. Namun, pendekatan yang kebiasaannya digunakan oleh pelajar pelajar universiti yang ingin memperoleh pendapatan sampingan sewaktu belajar adalah seperti bisnes makanan dan minuman di tepi tangga kolej.

Saya yakin mahasiswa dan mahasiswi sudah pasti mengetahui kewujudan bisnes tepi tangga sejurus mendaftar diri di sesebuah kolej kediaman di Universiti masing masing. Di persisiran tangga sebelum menaiki ke bilik akan dipenuhi dengan pelbagai bisnes kecil kecilan yang kebiasaannya  bermodalkan kotak kecil untuk mengisi barang yang dijual dan tabung kecil bagi pelanggan yang berminat untuk membuat bayaran. Barangan yang menjadi kebiasaan untuk dijual sebagai bahan bisnes tepi tangga ini adalah berunsurkan makanan dan minuman ringan dan bersifat “on the go” yang bermaksud pelajar dapat makan dan minum sewaktu dalam perjalanan ke kuliah.  Makanan dan minuman yang sinonim dengan bisnes tepi tangga ini adalah seperti air mineral, air kotak ataupun biskut dan snek. Selain itu, makanan segera seperti Maggi dan serbuk bancuhan air kopi ataupun koko bagi pelajar pelajar yang menginginkan sesuatu untuk makan dengan harga yang murah dan tanpa berjalan jauh juga menjadi kegemaran.

Bisnes kecil kecilan sebegini merupakan satu inisiatif yang bagus dikalangan pelajar yang bukan sahaja ingin mendapatkan wang belanja yang lebih, malah dapat juga mengasah skil perniagaan dalam skala kecil. Ternyata ramai pelajar yang lebih bersungguh untuk membesarkan lagi perniagaan apabila bisnes makanan dan minuman tepi tangga ini membuahkan hasil. Walaubagaimanapun, pelajar harus bersedia untuk menghadapi risiko seperti kecurian tabung ataupun pelanggan yang tidak membayar ketika membeli. Hal ini kerana, konsep bisnens makanan dan minuman di tepi tangga bersifat tidak perlu dipantau setiap masa. Namun, bagi yang kreatif dan berani menempuh cabaran pasti akan lebih bersemangat untuk berkecimpung didalam dunia perniagaan yang lebih besar setelah memulakan perniagaan kecil kecilan sebegini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.