Home Inspirasi Niaga Masalah Dalam Pengurusan Kewangan

Masalah Dalam Pengurusan Kewangan

3403
0

Salah satu sebab utama kegagalan dalam perniagaan adalah perancangan kewangan yang lemah. Apabila perniagaan dimulakan, banyak kesilapan berlaku yang mendatangkan pelbagai masalah kepada syarikat. Ini termasuk jangkamasa pembiayaan sumber yang tidak sesuai dan penggunaan sumber-sumber dalaman yang tidak berkesan. Keadaan ini berlaku apabila sumber perolehan yang tidak mampu memenuhi tuntutan pembiayaan.

Selepas kos permulaan jualan dan belanja dianggarkan, terdapat usahawan yang tidak mengambil kira masa sumber pembiayaan sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Kesan daripada ini akan menyulitkan usahawan untuk memulakan keperluan sumber untuk pembiayaan pada satu-satu masa.

Apabila usahawan membuka perniagaan baru, mereka sering tidak menghiraukan tahap kritikal yang menjamin kelangsungan. Ini menyebabkan masalah dalam pengurusan aliran tunai atau kegagalan dalam pengurusan kewangan. Oleh itu pengurusan kewangan yang berkesan perlu mengambil kira keperluan untuk kelangsungan perniagaan iaitu di mana usahawan hendaklah mempunyai sumber kewangan yang secukupnya sebelum mencapai titik pulang modal.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh usahawan ialah kegagalan mereka untuk menganggarkan jumlah sebenar keperluan tunai untuk pembiayaan permulaan perniagaan. Dalam jangka masa panjang, kegagalan ini akan menyebabkan sumber-sumber yang dimiliki tidak mencukupi untuk pembiayaan perniagaan.

Kemampuan usahawan menentukan jumlah sebenar keperluan modal akan meyakinkan kreditor dan pelabur tentang perniagaan yang dijalankan.
Selain itu, kebolehan ini akan mengelak usahawan dari membuat pinjaman yang berlebihan. Pengurusan kewangan yang berkesan akan memungkinkan usahawan menyediakan tunai untuk ‘survival’ semasa memulakan perniagaannya.

Oleh; Kamri Mohamed @ Kamaruddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.