Home Education & Training Visi, Misi dan Nilai Murni Perniagaan

Visi, Misi dan Nilai Murni Perniagaan

22216
0
Gambar oleh: Kamri Kamaruddin

 

Visi, Misi dan Nilai Murni Perniagaan

Oleh Baharim Sukari

Perniagaan boleh diibaratkan sebagai satu perjuangan, ianya perlu mempunyai perancanga yang strategik dalam usaha untuk mencapai objektif utamanya (keuntungan) perniagaan mereka.

Oleh itu sebagai seorang usahawan atau majikan, mereka perlu memastikan keseluruhan organisasi atau kakitangan mereka tahu dan faham akan objektif perniagaan mereka. Mereka perlu mencipta dan membangunkan visi dan misi sebagai satu petunjuk arah perniagaan mereka, selain itu ianya boleh menjadi medium keseiringan (sama-sama faham dan berusaha ke arah objektif yang sama) dalam memastikan kecemerlangan syarikat.

Maksud Visi dan Misi

Visi (vision) merupakan satu pernyataan yang mendefinsikan sesuatu yang ingin dicapai oleh sesebuah perniagaan/organisasi di masa yang akan datang. Visi lebih khusus ke masa hadapan (jangka panjang, future) dan pernyataan sifatnya merupakan satu strategi perniagaan. Ianya seolah-olah petunjuk arah (direction) terhadap segala aktiviti perniagaan mereka.

Misi (mission) adalah pernyataan-pernyataan yang mendefinsikan apa yang sedang/akan dilakukan atau ingin dicapai dalam waktu terdekat atau saat ini. Misi lebih khusus pada saat ini dan merupakan sasaran-sasaran yang sifatnya lebih dikaitkan dengan pelanggan, proses-proses dalam organisasi, serta tingkat kerja yang diinginkan. Dengan bahasa mudahnya misi dilakukan adalah untuk mencapai visi yang telah dibangunkan.

Tip-tip untuk mencapai visi perniagaan;

  1. Visi yang dibangunkan adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu untuk dicapai.
  2. Misi yang dibangunkan mestilah seiring dengan visi perniagaan mereka.
  3. Kakitangan atau pekerja harus diberi tahu dengan jelas tentang visi dan misi perniagaan mereka tentang apa?, mengapa?, siapa? di mana? bila? dan bagaimana? untuk mencapainya, jika tidak ianya boleh dikatakan majikan “syok sendiri”.
  4. Misi haruslah dipecah kepada beberapa aktiviti perniagaan, kesemuanya adalah bertujuan untuk mencapai satu visi.
  5. Peniaga/usahawan haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam memberi perkhidmatan kepada pelangan-pelangan dan orang ramai, contohnya jujur, amanah, peramah, senyum, penyayang, hormat menghormati dan sebagainya.

Contoh Visi, Misi dan Nilai-nilai Murni Perniagaan Air Asia yang terbukti telah membawa kejayaan kepada perniagaan mereka…

Visi kami:

Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.

Misi kami:

• Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja

• Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia

• Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia

• Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan

Nilai kami

Kami adalah Allstars dan kami…

• Menyeronokkan

Menyeronokkan bermakna kami meraikan kehidupan. Ia bermakna kami ketawa lebih kuat, terseyum lebih lebar dan kami boleh menjadi diri sendiri yang unik. Kami kumpulan yang peramah dan kami gemar berkongsi idea dan penyelesaian untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik. Lagipun, keseronokan sememangnya untuk dikongsi bersama.

• Penyayang

Perasaan sayang menimbulkan rasa senang dan mesra dalam diri, jadi kami menunjukkan kasih sayang kepada tetamu kami dengan layanan yang membuat mereka berasa selesa.

• Bersungguh-sungguh

Bersungguh-sungguh bermakna kami sanggup berusaha sedaya upaya untuk mencapai tujuan yang lebih besar. Kata orang, mereka yang bersungguh-sungguh boleh mengubah dunia dan itu ialah sesuatu yang amat penting bagi kami.

• Penuh dengan integrity

Kami percaya apa sahaja yang berbaloi untuk dilakukan, wajar dilakukan dengan betul. Ini berkaitan dengan kami melakukan perkara yang betul pada setiap masa.

• Mementingkan keselamatan

Syarikat penerbangan yang selamat ialah syarikat penerbangan yang ceria. Keselamatan tetamu kami amat kami utamakan, oleh itu kami melaksanakan tugas kami dengan teliti. Demi keselamatan, kesemuanya penting tidak kira sekecil mana sekalipun.

• Bekerja keras

Ini bermakna satu pasukan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Sama ada dalam memenuhi masa putaran 25 minit kami atau memastikan anda dihubungkan dengan destinasi terbaik pada harga yang terendah, kami melakukannya sebagai satu pasukan. Semua untuk satu. Satu untuk semua.

Ditulis Oleh,

Baharim Sukari | Jurulatih keusahawanan | Pengarah Urusan SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.