Home Education & Training Keberkesanan Pengiklanan Menguntungkan

Keberkesanan Pengiklanan Menguntungkan

182
0

Apa itu iklan?

Iklan merupakan salah satu cabang promosi di dalam aktiviti pemasaran. Ianya adalah medium penyampai maklumat perniagaan yang bertujuan untuk memberi tahu, memujuk, mengajak atau mempengaruhi orang ramai tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga kepada orang ramai atau segmen pasaran mereka.

Apakah tahap keberkesanan iklan kita?

Sebelum sesuatu pengiklanan dibuat, ada beberapa perkara perlu diambil kira antaranya;

1. Kaedah pengiklanan

2. Kos Pengiklanan

3. Lokasi Pengiklanan

4. Keberkesanan

Cuba kita buat bandingan diantara dua gambar iklan di atas, apa yang kita lihat? gambar B adalah lebih lengkap maklumatnya dibandingkan gambar A, betul?

Apa yang kita belajar di sini? Sudah tentu iklan B lebih jelas tentang apa? di mana? siapa? tujuan? dibandingkan A tiada menceritakan apakah sebenarnya perkaranya? di mana lokasinya? siapa nama pengiklan? dan tidak jelas samada untuk disewakan atau dijual…

 

Gambar di atas adalah sebagai panduan untuk kita memikirkan dan mereka cipta iklan yang berkesan. Sering kali kita membuat kesilapat dalam kita mengeluarkan iklan kerana mungkin kita membuat iklan secara tergesa-gesa, tidak membuat “R&D” terlebih dahulu atau tidak memeriksa semula setelah mereka cipta iklan anda.

 

Ini adalah satu contoh pengiklanan secara tradisionalnya, semoga anda kunjungi blog kami lagi di masa akan datang kerana banyak lagi yang kami ingin tuliskan di sini tentang pengiklanan masa kini dengan kos pengiklanan yang palin minima tetapi terbukti berkesan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.