Home Education & Training BAGAIMANA MENGUKUR TAHAP RISIKO?

BAGAIMANA MENGUKUR TAHAP RISIKO?

148
0

 

BAGAIMANA MENGUKUR TAHAP RISIKO?

Oleh: Kamri Kamaruddin

Apakah Risiko?

Definisi Risiko: sesuatu ketidaktentuan pada masa hadapan

  • Perniagaan baru, risiko adalah tinggi
  • Perniagaan yang tidak asing asing, risiko adalah rendah

Dalam perniagaan tahap risiko dapat dinilaikan secara objektif berdasarkan kriteria tertentu dan mengikut keadaan tertentu.

Untuk mengukur tingkat risiko, ia boleh dibahagikan kepada

  • Pengalaman
  • Pengetahuan

Bagi mengukur risiko, ia boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor yang akan kita hadapi samada sangat arif atau kurang arif.

Misalnya dalam pemasaran terdapat kumpulan sasar, kawasan pasaran, persaingan, amalan-amalan pemasaran, barangan atau perkhidmatan, cara penjualan, cara pengredan, cara promosi dan juga menentukan harga.

Dalam teknologi pula terdapat peralatan, cara memproses, rahsia pengeluaran dan pengeluaran teknikal.

Kriteria lain ialah perancangan pengeluaran, kawalan kakitangan dan perancangan kewangan. Setiap faktor yang dinyatakan bergantung kepada perniagaan yang akan dijalankan.

Setiap bidang perniagaan yang dijalankan, pemilik ataupun kakitangan utama mestilah mahir tentang aspek pemasaran untuk mengurangkan risiko kegagalan.

Keakrifan dalam bidang teknikal adalah sama pentingnya dengan pemasaran untuk membolehkan kita meminimumkan risiko kegagalan dalam setiap perniagaan yang diceburi.

Setiap perniagaan yang dijalankan, pemilik ataupun kakitangan utama mestilah mahir untuk mengurangkan risiko kegagalan.

Risiko dapat dikurangkan sekiranya pengasas, rakan kongsi atau kakitangan utama pengurusan mempunyai pengalaman khusus mengenai perniagaan yang diterokai. Pengalaman yang lepas berkaitan pemasaran, pengeluaran dan pengurusan kakitangan akan dapat membantu syarikat mengatasi masalah di peringkat awal.

Kelemahan pada diri kita dapat diatasi sekiranya terdapat rakan kongsi yang mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak milikinya. Umpamanya jika kita mempunyai cukup pengalaman tetapi tidak cukup modal maka kita boleh atasinya dengan cara mencari rakan kongsi yang mempunyai modal yang cukup. Perkongsian dalam perniagaan akan dapat mengurangkan beberapa risiko perniagaan di samping dapat berkongsi risiko yang lain.

 

Oleh: Kamri Kamaruddin

Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.